Faktor penentu kepada sinisisme pekerja terhadap perubahan khusus dan hubungannya dengan niat untuk menentang perubahan dalam sistem Politeknik di Malaysia.

Nor Azila Mohd Noor, and Zamzam Mohd Walid, (2012) Faktor penentu kepada sinisisme pekerja terhadap perubahan khusus dan hubungannya dengan niat untuk menentang perubahan dalam sistem Politeknik di Malaysia. Jurnal Pengurusan, 35 . pp. 71-86. ISSN 0127-2713

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

1MB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jurus.htm

Abstract

Sinisisme pekerja terhadap perubahan organisasi atau dikenali sebagai sinisisme perubahan khusus merujuk pada kecenderungan pekerja untuk bersikap sinis terhadap sesuatu perubahan yang diperkenalkan oleh organisasi mereka. Kajian ini mengkaji peranan faktor kepercayaan terhadap organisasi, identifikasi organisasi dan penglibatan dalam membuat keputusan dalam mempengaruhi sinisisme pekerja ketika berhadapan dengan perubahan organisasi.Kajian ini juga mengkaji hubungan antara sinisme perubahan khusus pekerja dengan niat untuk menentang perubahan tersebut. Seramai 263 tenaga pengajar yang bertugas di Politeknik Malaysia telah dipilih sebagai sampel kajian ini.Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat dua faktor yang secara negatif mempengaruhi sinisisme perubahan khusus; kepercayaan terhadap organisasi dan penglibatan dalam membuat keputusan. Keputusan kajian ini juga menunjukkan bahawa wujud hubungan yang positif antara perubahan khusus dengan niat untuk menentang perubahan..Implikasi terhadap teori dan amalan secara terperinci serta cadangan kajian pada masa hadapan turut dibincangkan.

Item Type:Article
Keywords:sinisisme pekerja; menentang perubahan
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:5805
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:04 Jan 2013 07:21
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page