Kefahaman wanita Islam kelas menengah di Lembah Klang terhadap Islam liberal

Azalina Tatar, and Latifah Abdul Majid, (2012) Kefahaman wanita Islam kelas menengah di Lembah Klang terhadap Islam liberal. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 34 . pp. 13-25. ISSN 0216-5636

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/ijis/kandungan.html

Abstract

Fahaman Islam liberal merupakan satu bentuk pemikiran yang sentiasa menganjurkan prinsip kebebasan dan keterbukaan dalam segenap aspek kehidupan sehingga melewati batasan syariah dan hukum-hukum yang telah ditetapkan dalam agama Islam sendiri. Sinonim dengan perjuangan isu-isu wanita yang merupakan salah satu ciri pemikiran mereka.gerakan ini dikatakan mula menular dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia dan telah mendapat tempat dalam kalangan segelintir masyarakat Islam kelas menengah contohnya di kalangan pertubuhan-pertubuhan NGO seperti Sister in Islam. The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) dan sebagainya, isu-isu Islam Liberal ini sentiasa dibahaskan oleh kelompok kelas menengah melalui penulisan buku, ceramah,bengkel dan sebagainya.Justeru , kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman masyarakat kelas menengah mengenai fahaman Islam liberal dengan memfokuskan responden wanita yang terdiri daripada mereka yang berkerjaya peguam,pensyarah dan guru.Kajian ini memilih Lembah Klang sebagai lokasi utama kajian.Metode yang digunakan adalah gabungan dua metode utama iatu kajian perpustakaan dab kajian tinjauan yang melibatkan instrumen pengedaran soal selidik serta temubual.Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman responden mengenai fahaman islam liberal masih lagi berada ditahap sederhana terutamanya dalam kalangan guru disebabkan beberapa faktor seperti kurangnya pendedahan mengenai isu tersebut ditambah dengan kekangan masa kerana tanggungjawab yang perlu digalas.Pelbagai pendekatan perlu mempertingkatkan langkah-langkah sebagai usaha dalam memberi kefahaman terhadap masyarakat di Malaysia ini berhubung dengan kefahaman Islam Liberal dan hal-hal yang berkaitan dengannya lebih-lebih lagi idealogi-idealogi yang dibawa oleh gagasan ini berkaitan dengan akidah umat Islam.

Item Type:Article
Keywords:Wanita; Lembah Klang; islam liberal; akidah islam; kefahaman islam.
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:5812
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:05 Jan 2013 12:57
Last Modified:14 Jan 2013 02:16

Repository Staff Only: item control page