Azlin Alisa Ahmad, and Hailani Muji Tahir, and Shofian Ahmad, and Mat Noor Mat Zain, (2012) Kontrak hadapan mata wang asing menurut Islam sebagai mekanisme lindung nilai: analisis penggunaan wa'd. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 34 . pp. 33-43. ISSN 0216-5636
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ukm.my/ijis/kandungan.html
Abstract
Kontrak hadapan tukaran asing merupakan satu kontrak yang kadar tukaran di tetapkan pada hari ini, namun penyerahan mata wang di lakukan pada masa akan datang.meskipun kontrak ini di perlukan untuk tujuan lindung nilai, namun timbul isu dari sudut syariah, sama ada kontrak hadapan mata wang asing ini benar-benar memenuhi syarat akad al-sarf atau sebal;iknya.Bagaimanakah untuk memastikan kontrak ini bebas daripada perkara yang bercanggah dengan syariah kerana ia amat diperlukan dalam konteks ekonomi semasa?.Memandangkan kontrak ini melibatkan pertukaran mata wang pada masa akan datang, maka ia boleh berkait dengan isuriba al-nasiah.Oleh yang demikian kertas ini bertujuan untuk mengkaji kontrak hadapan mata wang asing menurut islam yang distrukturkan dengan mengguna pakai prinsip wa'd yang mengikat sebelah pihak.Metode kajian ini ialah analisis kandungan dan temubual.Temubual dilakukan dengan pakar syariah dan juga pihak perbendaharaan dari bank tempatan.Hasil kajian mendapati bahawa untuk menjadikan kontrak ini menepati syarat penerimaan dan penyerahan secara lani, majoriti bank mengguna pakai peinsip wa'd mulzim dalam kontrak hadapan mata wang asing pada peringkat awal dan kontrak sebenar berlaku hari pertukaran wang dilakukan.Namun pemakaian wa'd ini dilihat menyebelahi sebelah pihak sahaja, iaitu pihak bank sahaja akan dilindungi haknya.Dengan ini prinsip wa'dan perlu diterokai bagi melihat kesesuaian dan potensinya untuk dibangunkan sebagai asas dalam menstruktur produk lindung nilai mata wang asing menurut Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | kontrak hadapan; wang asing; lindung nilai; muamalat islam; nilai; wa'd |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 5814 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 07 Jan 2013 03:15 |
Last Modified: | 14 Jan 2013 02:24 |
Repository Staff Only: item control page