Noranizah Yusuf, and Ezad Azraai Jamsari, (2012) Perkembangan sektor perdagangan Andalus zaman pemerintahan kerajaan Banu Umayyah. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 34 . pp. 59-70. ISSN 0216-5636
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ukm.my/ijis/kandungan.html
Abstract
Sektor perdagangan merupakan antara sumber utama pendapatan ekonomi bagi kerajaan Bani Umayyah. faktor peranan pemerintah rakyat dan lokasi Andalus yang strategik merupakan faktor penyumbang kepada kepesatan perdagangan Andalus.Andalus memainkan peranan penting sebagai 'orang tengah' dalam transaksi dan pertukaran komoditi barangan antara orang Kristian di Eropah dan orang Islam ditimur. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis fakta-fakta sejarah perdagangan di Andalus pada zaman pemerintah kerajaan Bani Umayyah, bermula tahun 138H/756H hingga 422H/1031M. Kajian ini mengaplikasikan metodologi historical melalui pendekatan kualitatif. Penulis menggunakan kedua-dua sumber primer dan sekunder bagi mendapatkan maklumat tentang sejarah sektor perdagangan di Andalus zaman Banu Umayyah antara tahun seperti mana tersebut diatas.Data dan maklumat ini melibatkan sumber-sumber yang diperolehi melalui penyelidikan perpustakaan.Hasil Kajian mendapati Andalus pada zaman pemerintahan Banu Umayyah telah mencapai kemakmuran dalam sektor perdagangan. Perdagangan Andalus tidak bersifat domestik sahaja bahkan telah diperluaskan hingga kenegara-negara luar melalui kemudahan pasar-pasar perniagaan dan pelabuhan-pelabuhan yang disediakan oleh para pemerintah Banu Umayyah di Andalus.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | perkembangan perdagangan; transaksi komoditi; andalus; cordova; banu Umayyah |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 5817 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 07 Jan 2013 04:53 |
Last Modified: | 14 Jan 2013 02:36 |
Repository Staff Only: item control page