Analisis kefahaman penulisan wasiat orang Islam di Negeri Melaka.

Kasimah Kamaruddin , and Md. Yazid Ahmad, (2012) Analisis kefahaman penulisan wasiat orang Islam di Negeri Melaka. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 34 . pp. 71-82. ISSN 0216-5636

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/ijis/kandungan.html

Abstract

Wasiat ialah pesanan yang dibuat oleh seseorang semasa hidupnya kepada seseorang yang lain sama ada dalam bentuk tulisan,lisan ataupun isyarat dan terlaksana selepas kematian pewasiat. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad(ARB)daripada tahun 2008 sehinggalah 2010, jumlah pendaftaran wasiat orang islam negeri Melaka semakin meningkat dari tahun kesetahun. Sehingga tahun 2010,jumlah pendaftaran orang islam negeri Melaka ialah 169 orang. Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengkaji perbezaan antara konsep wasiat dan wisayah.selain itu untuk mengkaji sejauh mana kefahaman penduduk islam negeri Melaka mengenai penulisan wasiat.Bagi mencapai objektif berkenaan, kajian lapangan dengan menggunakan borang soal selidik dan analisis dokumen digunakan. Dalam kajian ini, maklumat diperolehi daripada 90 orang respondent yang terdiri daripada 30 orang penulis wasiat.30 orang ejen pengurusan wasiat dan 30 orang ahli simati yang menguruskan harta pusaka tersebut. Pemilihan sampel secara berstruktur telah digunakan.Data kajian yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif .Hasil kajian ini mendapati konsep wasiat dan wisayah adalah sama iaitu dari sudut pengamanahan harta. Perbezaannya adalah dari sudut perlaksanaannya sahaja.secara keseluruhannya tahap kefahaman orang islam Negeri Melaka terutamanya dikalangan penulis wasiat, ahli waris dan juga ejen pengurusan harta dan wasiat berada ditahap yang memuaskan.

Item Type:Article
Keywords:wasiat; Melaka; wasi; wisayah; undang-undang islam; pusaka
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:5818
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 Jan 2013 07:07
Last Modified:14 Jan 2013 02:38

Repository Staff Only: item control page