Penyusuan dan bank susu menurut Islam

Normadiah Daud, and Zuliza Mohd Kusrin, and Salasiah Hanin Hamjah, and Anwar Fakhri Omar, (2012) Penyusuan dan bank susu menurut Islam. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 34 . pp. 107-118. ISSN 0216-5636

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/ijis/kandungan.html

Abstract

Penyusuan susu ibu boleh membantu tumbesaran mental dan fizikal kanak-kanak. kepentingan dan keistimewaan susu ibu bukan shaja diiktiraf dalam Islam malah juga oleh penyelidik sains perubatan dan pemakanan. Artikel ini bertujuan membincangkan rukun dan hak penyusuan menurut Islam disamping isu penubuhan bank susu. Metodologi kajian yang digunakan dalam penulisan ini ialah analisis kandungan yang fokus kepada buku-buku fiqah. Hasil perbincangan terdapat tiga rukun penyusuan iaitu ibu susuan dan bapa susuan.Dalam hak penyusuan terdapat perbincangan hak anak, hak ibu dan hak bapa berasaskan perbahasan para ulama. Perbincangan juga mendapati bahawa Islam bukan sahaja mengiktiraf kelebihan susu ibu tetapi juga menekankan isu pensabitan nasab anak dengan ibu susuan. Justeru , isu penubuhan bank susu telah difatwakan sebagai tidak diharuskan penubuhannya di Malaysia., bagi mengelakkan masalah penentuan pensabitan nasab yang sukar di pastikan. Seterusnya ,Islam mengiktiraf penyusuan adalah hak anak tetapi tidaklah wajib bagi ibu untuk menyusukan anaknya kerana dalam bab penyusuan tersebut terdapat hak anak dan hak ibu yang ditentukan . hak suami adalah tertakluk kepada menegah isterinya mengambil upah menyusukan anak orang. Justeru suami tidak berhak melarang isterinya menyusukan anak mereka dan juga anak isterinya dengan bekas suami terdahulu.

Item Type:Article
Keywords:susu ibu; anak susuan; hak; nasab; penyusuan
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:5822
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 Jan 2013 08:59
Last Modified:14 Jan 2013 02:57

Repository Staff Only: item control page