Indeks kemiskinan pelbagai dimensi sebagai alternatif pengukuran kemiskinan:kajian kes di daerah Baling, Kedah.

Siti Hadijah Che Mat, and Roslan A.Hakim, and Siti Norliza Jumali, (2012) Indeks kemiskinan pelbagai dimensi sebagai alternatif pengukuran kemiskinan:kajian kes di daerah Baling, Kedah. Jurnal Ekonomi Malaysia, 46 (1). pp. 3-12. ISSN 0127-1962

Full text not available from this repository.

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jem.htm

Abstract

Pengukuran kemiskinan di Malaysia pada masa ini kebiasaanya menggunakan pendekatan satu dimensi iaitu sama ada mengikut dimensi pendapatan ataupun perbelanjaan.Kaedah ini dirasakan kurang memberi petunjuk yang tepat tentang kemiskinan. Untuk itu , artikel ini mengemukakan satu alternatif baru untuk mengukur kemiskinan bagi daerah Baling di negeri Kedah dengan menggunakan indeks kemiskinan pelbagai dimensi atau lebih dikenali dengan 'Multidimensional Poverty Index'(MPI) yang diperkenalkan oleh Alkire dan Foster (2007). Terdapat 14 indikator dalam empat dimensi yang dikaji iaitu dimensi pendidikan, kesihatan,kesejahteraan dan kekayaan. Kajian dilakukan keatas 198 isi rumah di daerah Baling. Keputusan kajian menunjukkan selain dimensi ternakan,sebanyak 87.37 peratus isi rumah menghadapi kekurangan dlam mendapatkan makanan yang berzat dan 70.20 peratus isi rumah kekurangan dalam dimensi pemilikan tanah. Selain daripada mengetahuai dimensi apa yang menjadi masalah utama kepada sesebuah masyarakat itu, kaedah ini juga boleh dipisahkan sama ada mengikut bandar luar bandar, jantina agama kaum dan sebagainya. Untuk itu disarankan bagi mencapai matlamat membasmi dengan lebih berkesan, satu pendekatan yang bersesuaian dan bertepatan dengan keadaan kemiskinan harus dilakukan agar penyelesaian masalah itu dapat dilakukan mengikut keperluan. Maka dalam kajian ini, beberapa indikator untuk mengukur dan mengklasifikasikan sesebuah keluarga itu miskin atau tidak. Keputusan pengukur daripada pendekatan yang lebih komprehensif ini dijangkakan akan memberi gambaran yang lebih tepat.

Item Type:Article
Keywords:kemiskinan; kemiskinan pelbagai dimensi; Malaysia
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:5826
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:09 Jan 2013 12:27
Last Modified:14 Jan 2013 01:22

Repository Staff Only: item control page