Penerimaan amil dan asnaf terhadap penyetempatan pengagihan zakat di Malaysia.

Hairunnizam Wahid, and Radiah Abdul Kader, and Sanep Ahmad, (2012) Penerimaan amil dan asnaf terhadap penyetempatan pengagihan zakat di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 46 (1). pp. 39-51. ISSN 0127-1962

Full text not available from this repository.

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jem.htm

Abstract

Penyetempatan (localized)pengurusan zakat adalah proses pemencaran (decentralized)kuasa mengagih dan memungut zakat kepada amil mukim tertentu kepada asnaf di mukim tersebut. Sejauh manakah cadangan ini dapat dilaksanakan oleh institusi zakat adalah bergantung kepada penerimaan amil sebagai pelaksana dan asnaf sebagai penerima akhir perkhidmatan zakat. Kajian ini bertujuan menilai sama ada amil dan asnaf bersetuju menerima langkah penyetempatan pengagihan zakat dan seterusnya menyelidiki apakah alasan penerimaan atau penolakan mereka terhadap langkah tersebut. Kajian menggunakan beberapa ujian termasuklah analisis tinjauan faktor (EFA) dan analisis pengesahan faktor (CFA) dan seterusnya regresi logistik. Kajian mendapati secara umumnya amil dan asnaf menerima langkah penyetempatan pengagihan zakat. Pemboleh ubah pengagihan zakat didapati bergantung secara signifikan kepada tiga pemboleh ubah utama iaitu politik dan perhubungan, asnaf mudah dikenali dan ketelusan; dan kepercayan terhadap sistem dan institusi. Ini bermakna majoriti responden menerima konsep penyetempatan dan dijangkakan konsep ini akan meningkatkan kecekapan sistem pengagihan zakat. Beberapa cadangan dan implikasi dasar dikemukakan dalam kajian ini.

Item Type:Article
Keywords:CFA; EFA; pemboleh ubah pendam; penyetempatan pengagihan zakat.
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:5829
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:09 Jan 2013 13:40
Last Modified:14 Jan 2013 01:34

Repository Staff Only: item control page