Potensi pelancongan di Matu-Daro, Sarawak: persepsi komuniti lokal

Nadiah Abdul Halim, and Er Ah Choy, and Jumaat H Adam, and Mohd Afiq Aizat Juhari, and Siti Norhafizah Ahmad Tarmidzi, (2012) Potensi pelancongan di Matu-Daro, Sarawak: persepsi komuniti lokal. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (9). pp. 13-21. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
549kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menyumbang kepada ekonomi negara dan pembangunan setempat. Pembangunan pelancongan di sesebuah kawasan memberikan impak positif terhadap komuniti lokal itu sendiri menerusi penglibatan secara langsung dan tidak langsung iaitu dapat meningkatkan kualiti hidup serta kesejahteraan masyarakat. Justeru itu, pengenalpastian potensi pelancongan di sesebuah kawasan dapat membantu mewujudkan pelbagai peluang pembangunan menerusi industri pelancongan di kawasan tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi komuniti lokal Melanau mengenai potensi pelancongan di kawasan Matu-Daro, Sarawak. Kaedah tinjauan melalui temubual berdasarkan satu set kaji selidik terhadap 150 orang responden di daerah Matu-Daro. Hasil kajian mendapati tiga jenis pelancongan yang berpotensi di perkembangkan iaitu pelancongan warisan dan kebudayaan, agro-pelancongan dan ekopelancongan. Potensi pelancongan warisan dan kebudayaan boleh diperkembangkan dengan adanya Rumah Panjang Melanau Islam yang tertua di dunia, Makam Orang Kaya Segunim, dan Pesta Kaul. Seterusnya agropelancongan menerusi pengusahaan pembuatan sagu dan penanaman padi yang dijalankan secara tradisional. Ekopelancongan juga boleh diketengahkan iaitu keunikan kawasan hutan paya bakau dan menyelami nilai estetika di Sungai Rajang. Secara kesimpulannya, Daerah Matu-Daro mempunyai potensi untuk dikomersilkan menerusi sektor pelancongan.

Item Type:Article
Keywords:agro-pelancongan; ekopelancongan; kesejahteraan; komuniti lokal; pelancongan; pelancongan warisan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5846
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:14 Jan 2013 08:26
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page