Mohamad Fauzi Sukimi, (2012) Cerita rakyat dan stereotaip dalam konteks pembinaan identiti Madura. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (9). pp. 22-38. ISSN 2180-2491
|
PDF
320kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Abstract
Cerita rakyat tidak hanya berfungsi untuk menghibur tetapi turut mempunyai fungsi sosial yang lain. Berdasarkan analisis kandungan ke atas sejumlah cerita rakyat mengenai orang Madura, artikel ini cuba mengupas bagaimana cerita rakyat boleh menjadi salah satu elemen yang menyumbang kepada pembentukan identiti orang Madura. Hasil analisis mendapati bahawa cerita rakyat mengenai orang Madura berakar umbi daripada beberapa sumber, iaitu daripada masyarakat Madura, catatan kolonial Belanda, dan kelompok etnik lain. Sebahagian cerita rakyat itu tidak hanya mengandungi stereotaip tetapi juga menjadi modal identiti kepada orang Madura. Cerita rakyat yang datangnya daripada orang Madura itu sendiri yang terdapat di dalam bentuk lagenda menampilkan citra positif orang Madura. Manakala cerita rakyat yang berupa tafsiran orang lain terhadap orang Madura lebih menampilkan citra dan identiti negatif orang Madura. Seiring dengan perkembangan zaman, cerita rakyat yang dahulunya beredar secara lisan telah disebar-luaskan melalui proses migrasi dan media massa, seperti media cetak dan internet.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | cerita rakyat; identiti; lisan; Madura; pembinaan identiti; stereotaip |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 5847 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 14 Jan 2013 08:30 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:39 |
Repository Staff Only: item control page