Pembuatan keputusan kewangan: Kajian kes keluarga dwikerjaya di Malaysia

Zaimah Ramli, and Sarmila Md Sum, and Abd Hair Awang, and Novel Lyndon, and Sivapalan Selvadurai, and Suhana Saad, and Azima Abdul Manaf, and Rosniza Aznie Che Rose, (2012) Pembuatan keputusan kewangan: Kajian kes keluarga dwikerjaya di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (9). pp. 53-59. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
182kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Makalah ini bertujuan mengenal pasti pola pembuatan keputusan kewangan keluarga dwi-kerjaya di Malaysia. Kajian dilakukan dalam kalangan pekerja sektor awam yang berkahwin dalam kumpulan pengurusan dan profesional, serta mempunyai pasangan yang juga berkerjaya dalam kumpulan profesional. Sejumlah 84 orang responden dilibatkan dalam analisis ini. Analisis statistik diskriptif digunakan dalam perbincangan. Tiga pola utama pembuatan keputusan kewangan ditonjolkan dalam dapatan ini, iaitu pembuatan keputusan oleh suami, pembuatan keputusan oleh isteri, dan pembuatan keputusan kewangan oleh suami-isteri. Hasil kajian mendapati pembuatan keputusan kewangan oleh suami adalah melibatkan perbelanjaan tinggi dan komitmen tinggi. Pembuatan keputusan oleh isteri pula lebih menjurus kepada perbelanjaan keperluan keluarga. Sementara pembuatan keputusan oleh suami-isteri adalah cenderung kepada keputusan yang berkaitan dengan keperluan anak-anak.

Item Type:Article
Keywords:keluarga dwi-kerjaya; komitmen tinggi; pekerja berkahwin; pembuatan keputusan kewangan; sektor awam; teori sumber
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:5850
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:14 Jan 2013 08:44
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page