Zaini Sakawi, and Lukman Ismail, and Mohd Rozaimi Ariffin, and Noor Khafazilah Abdullah, and Sharifah Mastura SA, and Othman Jaafar, (2012) Persepsi komuniti terhadap masalah bau dari operasi tapak pelupusan Terbuka Krubung, Melaka. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (9). pp. 60-67. ISSN 2180-2491
|
PDF
354kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Abstract
Bau merupakan salah satu komponen persekitaran yang sangat kompleks. Perubahan ke atas ciri semulajadi atau melalui aktiviti manusia ke atas sesuatu sumber bau boleh memberi kesan yang positif dan negatif. Kesan positif boleh dikesan melalui bau yang selesa, segar dan menyenangkan. Sementara kesan negatif mendatangkan kacau-ganggu, kesejahteraan kualiti hidup, kesihatan dan psikologi individu. Rentetan itu, kajian ini membincangkan pencemaran bau dari tapak pelupusan secara terbuka di Krubong, Melaka. Fokus kajian adalah ke atas ciri utama intensiti bau, tahap keterdedahan dan tempoh bau berlangsung. Seterusnya impak pencemaran bau ke atas penerima sensitif dibincangkan berdasarkan persepsi mereka yang tinggal dalam lingkungan 5 kilometer dari tapak pelupusan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan intensiti bau di kalangan penerima sensitif berbeza-beza mengikut jarak dari tapak pelupusan. Begitu juga dengan impak negatif dari operasi tapak pelupusan menunjukkan variasi impak yang ketara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | impak bau busuk; pencemaran bau; pengurusan sisa buangan; sisa buangan pepejal; tanggapan komuniti; tapak pelupusan |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 5851 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 14 Jan 2013 08:48 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:39 |
Repository Staff Only: item control page