Tipologi keperibadian manusia dalam perspektif al-Quran

Kadar M. Yusuf, (2012) Tipologi keperibadian manusia dalam perspektif al-Quran. Jurnal Hadhari, 4 (2). pp. 1-28. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

459kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/index.php/bm/isu-semasa

Abstract

Terdapat banyak ayat al-Quran yang membincangkan persoalan manusia. Perbincangan itu meliputi unsur-unsur keperibadian dan wataknya. Banyak istilah yang digunakan al-Quran mengenai watak manusia seperti mukmin dan kafir. Watak mukmin termasuk di dalamnya Muslim dan muttaqin melahirkan watak lainnya, iaitu sālih, muslih muhsin, mukhlis, mutasaddiq, mutma’innah, mustaghfir, sābir, muflih, dan watak-watak terpuji lainnya. Watak kafir termasuk di dalamnya musyrik melahirkan pula watak munāfiq, fāsiq, kādhib, mukadhdhib, mujrim, dall, mudill, mufsid, khabīth, bakhīl, dan watak-watak tercela lainnya. Ada sepuluh perkara yang dijadikan standard oleh al-Quran dalam mengklasifikasikan watak keperibadian, iaitu watak kebenaran dalam memandang risalah ilahiah, watak bermuamalah, watak kondisi jiwa, watak hawa nafsu, watak menghadapi persoalan luaran yang berkaitan dengannya, watak pengenalan terhadap kebenaran dan mengikutinya, watak fenomena alam sebagai ayat Allah, watak sikap terhadap kebahagiaan akhirat, watak perbuatan jahat, serta watak kepedulian sosial. Semua watak ini secara umum dapat dibagi menjadi dua kumpulan, iaitu watak-watak orang baik dan watak orang yang tidak baik. Watak orang baik merupakan turunan dari watak mukmin. Watak orang tidak baik adalah turunan dari watak kafir. Perbincangan al-Quran mengenai watak ini memperlihatkan perbezaan yang cukup tajam dengan watak keperibadian dalam perbincangan psikologi konvensional. Perbezaan tersebut terlihat pada standard yang digunakan dalam menentukan watak tersebut, penilaian, dan kemungkinan-kemungkinan terjadinya perubahan dari suatu watak menjadi watak lainnya. Yang terpenting dalam perbincangan al-Quran mengenai watak manusia adalah kesan dari suatu watak terhadap peribadi yang memiliki watak itu. Orang yang memiliki watak baik mendapatkan keberuntungan, dan orang yang memiliki watak yang tidak baik mendapatkan kerugian.

Item Type:Article
Keywords:mukmin; Muslim; muttaqin; kafir; musyrik
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:5854
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:14 Jan 2013 09:34
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page