Intervensi sosial untuk komuniti tersisih: ke arah pembangunan ummah

Siti Hajar Abu Bakar, and Noralina Omar, and Abd Hadi Zakaria, and Haris Abd. Wahab, (2012) Intervensi sosial untuk komuniti tersisih: ke arah pembangunan ummah. Jurnal Hadhari, 4 (2). pp. 29-44. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

349kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/index.php/bm/isu-semasa

Abstract

Kertas ini membincangkan proses penyisihan sosial dan intervensi sosial yang boleh diambil bagi membantu komuniti tersisih bertindak balas dengan masalah yang mereka alami. Individu atau kumpulan sosial yang mengalami penyisihan sosial sering kali mengalami kecelaruan psikososial, tekanan perasaan yang kronik, kemusnahan nilai kendiri, hilang tujuan hidup, ikatan keluarga yang bermasalah dan kehilangan kepercayaan terhadap fungsi institusi-institusi sosial utama dalam masyarakat. Kesannya, komuniti tersisih yang tidak dibantu juga akan terkeluar daripada kehidupan majoriti dan terlepas peluang sosial untuk memajukan diri yang seterusnya mampu membiakkan pelbagai aktiviti antisosial dan jenayah dalam sebuah masyarakat serta mampu mengancam pertumbuhan ekonomi negara. Justeru, intervensi sosial yang dicadangkan dalam kertas ini memainkan peranan penting dalam mengintegrasikan komuniti tersisih ke dalam kehidupan masyarakat majoriti. Tiga jenis intervensi yang dibincangkan dalam kertas ini ialah remedi sosial, pemulihan sosial dan pembangunan komuniti. Intervensi sosial tersebut dijangka dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan ummah.

Item Type:Article
Keywords:Remedi sosial; komuniti tersisih; intervensi; penyisihan sosial; pembangunan umah
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:5855
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:14 Jan 2013 09:39
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page