Ainul Basirah Ismail, and Zuliza Mohd Kusrin, and Mat Noor Mat Zain, (2012) Kesalahan khalwat dan perbuatan tidak sopan dan hukumannya menurut Islam. Jurnal Hadhari, 4 (2). pp. 65-88. ISSN 1985-6830
PDF
Restricted to Repository staff only 817kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/index.php/bm/isu-semasa
Abstract
Kesalahan khalwat dan perbuatan kurang sopan adalah dua bentuk kesalahan jenayah syariah yang mempunyai pengertian berbeza. Peruntukan perundangan dan hukuman terhadap kedua-dua kesalahan tersebut telah dinyatakan dalam enakmen kesalahan jenayah negeri-negeri di Malaysia. Kertas kerja ini bertujuan membincangkan definisi khalwat dan perbuatan tidak sopan menurut perspektif Islam. Fokus perbincangan menjurus kepada definisi kesalahan khalwat dan perbuatan tidak sopan serta larangan-larangan perbuatan tersebut berdasarkan al-Quran dan al-Hadith. Perbincangan ini juga mengupas hikmah pengharaman perbuatan khalwat dan perbuatan tidak sopan. Bagi melengkapkan perbincangan ini, penulis juga mengupas bentuk-bentuk hukuman bagi kesalahan khalwat dan perbuatan tidak sopan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan iaitu analisis dokumen seperti buku-buku, artikelartikel dan kes-kes mahkamah yang berkaitan. Kajian hanya merujuk kepada Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak dan kes-kes yang diputuskan di negeri Perak. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan dari segi definisi khalwat dan perbuatan tidak sopan di dalam Islam namun dari segi hukumannya tidak terdapat perbezaan kerana kedua-dua kesalahan ini dikategorikan sebagai kesalahan hukuman takzir. Hukuman bagi kesalahan jenayah khalwat adalah lebih berat berbanding perbuatan tidak sopan, sebagaimana dinyatakan dalam enakmen negeri-negeri.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | khalwat; perbuatan tidak sopan; hukuman; takzir; haram; zina |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 5857 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 14 Jan 2013 09:49 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:39 |
Repository Staff Only: item control page