Penentuan ciri negara Islam menurut pemikiran empat mazhab fiqah

Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, and Ezad Azraai Jamsari, and Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari, and Mohd Al-Adib Samuri, and Salmy Edawati Yaacob, (2012) Penentuan ciri negara Islam menurut pemikiran empat mazhab fiqah. Jurnal Hadhari, 4 (2). pp. 89-106. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

585kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/index.php/bm/isu-semasa

Abstract

Penentuan ciri-ciri sesebuah negara Islam merupakan suatu perkara yang begitu kompleks sehingga menjadi isu perbalahan dalam kalangan ahli politik. Ini berikutan perselisihan para fuqaha dalam mendefinisikan sebuah negara Islam yang sebenar berdasarkan pentafsiran mereka terhadap dalil-dalil yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti pemikiran empat mazhab fiqah yang muktabar, iaitu Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali dalam membahaskan isu penentuan sesebuah negara Islam. Di samping itu, kajian turut menyediakan mekanisme dalam penentuan sesebuah negara Islam berpaksikan pemikiran empat mazhab fiqah tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi instrumen pengumpulan data dan analisis kandungan berasaskan kaedah perbandingan dan pentarjihan. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat dua jenis ciri dalam menentukan status sebuah negara Islam, iaitu ciri minimum dan maksimum. Keempat-empat mazhab fiqah bersepakat bahawa ciri minimum bagi menentukan sesebuah negara itu sebagai negara Islam atau sebaliknya ialah sebuah negara yang dipimpin dan ditadbir oleh orang Islam. Manakala ciri maksimum pula, keempat-empat mazhab fiqah mempunyai pandangan yang berbeza antara satu sama lain. Kepentingan kajian ini dapat membantu untuk menyelesaikan perselisihan yang berlaku dalam kalangan ahli politik ketika penentuan status sesebuah negara Islam. Kajian lanjutan boleh dilakukan dengan membincangkan hukum penglibatan pihak bukan Islam dalam sebuah pemerintahan negara Islam. Kerjasama kalangan Muslim dan bukan Islam perlu diteliti secara holistik dalam menjamin perpaduan masyarakat dan keharmonian dalam sebuah negara, demi menjamin kestabilan dan keamanan dalam pembangunan sebuah negara berdaulat.

Item Type:Article
Keywords:negara Islam; Mazhab Fiqah; Hanafi; Shafie; Hanbali
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:5858
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:14 Jan 2013 09:56
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page