Elbahloul Mohamed Hussein, and Mohd. Nasir Omar, and Ahmad Sunawari Long, and Mudasir Rosder, (2012) Spirit in the opinion of Muslim Philosophers: Al-Ghazali as Model. Jurnal Hadhari, 4 (2). pp. 155-168. ISSN 1985-6830
PDF
Restricted to Repository staff only 2MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/index.php/bm/isu-semasa
Abstract
Allah telah menjadikan tubuh Adam, namun Adam tidak mendapat manfaat daripada apa yang diciptakan oleh Allah SWT, termasuk deria pendengaran dan penglihatan, melainkan selepas jiwa dimasukkan ke dalam badannya. Roh adalah rahsia Allah yang Maha Berkuasa, ia adalah intipati kehidupan. Jiwa, badan dan semangat merupakan tiga ciptaan utama dalam tubuh manusia, saling berinteraksi antara satu sama lain. Manusia tidak akan mencapai kebahagiaan kecuali dengan cara mengikuti ajaran Pencipta. Oleh itu orang-orang yang tidak percaya dalam Roh tidak akan mampu memahami rahsia kebahagiaan dan ketenangan yang sebenar, seumpama penganut agama Islam. Maka, pandangan yang mentafsirkan agama sebagai candu yang mengkhayalkan penganutnya adalah tafsiran yang sama sekali tidak tepat. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan makna roh dari perspektif Islam secara umum dan menurut pandangan al- Ghazali khasnya, disamping memberi penekanan terhadap disiplin falsafah Islam berpunca dari al-Quran dan Sunnah, dan ianya sama sekali berbeza dengan falsafah Yunani dan semua falsafah sekular. Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, kaedah analisis deskriptif dan perbandingan telah digunakan. Hasil kajian mendapati: Perkataan roh dalam al-Quran memberi maksud yang pelbagai, iaitu; Jibril (a.s.), al Masih Isa Ibn Maryam (a.s.), al-Quran, juga memberi makna wahyu, pemeliharaan dan perlindungan Allah untuk hamba-hambaNya yang taat. Memandangkan pendapat al- Ghazali adalah berasaskan al-Quran dan Sunnah, ia menunjukkan keasliannya sekaligus menolak dakwaan ahli falsafah Barat yang mengatakan falsafah Islam merupakan disiplin ilmu yang berasal dan bersandarkan pada pemikiran Yunani.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | roh; jiwa; akal; ahli falsafah; al-Ghazali |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 5861 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 14 Jan 2013 10:26 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:39 |
Repository Staff Only: item control page