Menjejaki perkembangan komuniti pengamal dalam kalangan Guru Sekolah Bestari

Thang, Siew Ming and Hazita Azman, and Lee, Yit Sim (2012) Menjejaki perkembangan komuniti pengamal dalam kalangan Guru Sekolah Bestari. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 28 (2). pp. 73-94. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jkom

Abstract

Pelaksanaan projek sekolah Bestari merupakan satu daripada inisiatif kebanggaan kerajaan Malaysia yang disasarkan untuk memastikan penggunaan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) secara optimum di sekolah-sekolah, sejajar dengan matlamat Malaysia untuk meletakkan negara sebagai sebuah negara yang mempunyai ekonomi berasaskan pengetahuan serta mampu bersaing secara global. Namun, beberapa kajian melaporkan pencapaian projek yang tidak begitu memberangsangkan dalam mempromosi penggunaan ICT dengan berkesan dan membentuk tahap pencapaian para guru secara profesional. Situasi inilah yang menjadi dorongan terhadap pembangunan sebuah projek perkembangan profesionalisme atas talian (i.e., Projek e-CPDelT) yang bertujuan untuk membentuk satu sistem pembelajaran atas talian berdasarkan penyelidikan pelan tindakan dan penglibatan secara langsung oleh guru-guru sekolah Bestari. Model yang diguna pakai ialah hanya bersandarkan kejayaan projek Improving the Quality of Education for All (IQEA)dari United Kingdom dan pendekatanCommunities of Practice (CoPs), iaitu komuniti pengamal. Data didapati melalui entri blog yang dibuat oleh 20 orang guru sekolah Bestari yang terlibat dalam projek ini dan analisis dibuat bersama maklumat temu bual berkumpulan dan perbincangan mentor. Dapatan awal mendapati permasalahan dalaman dan luaran. Berdasarkan dapatan ini, satu sistem pembelajaran atas talian untuk guru (i.e., Sistem Pembelajaran e-CPDelT) direka bentuk dan langkah-langkah diambil untuk memperkenalkan sistem baru ini. Bagaimana pun, didapati bahawa sambutan terhadap sistem ini juga tidak begitu menggalakkan. Makalah ini membuat kesimpulan dengan membincangkan sebab-sebab dapatan kajian yang tidak dijangka ini dan mencadangkan pelan tindakan baru yang melibatkan pengenalan kepada teknik Kumpulan Rakan Kritikal.

Item Type:Article
Keywords:komuniti pengamal; pembangunan profesional atas talian; ICT; kajian tindakan
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:5868
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:14 Jan 2013 12:43
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page