Strategi membina dan mengekalkan hubungan antara kerajaan dengan rakyat melalui laman sesawang

Muhamad Fadhli Zainul Abidin, and Emma Mirza Wati Mohamad, and Muhammad Harya Ramdhoni , (2012) Strategi membina dan mengekalkan hubungan antara kerajaan dengan rakyat melalui laman sesawang. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication , 28 (2). pp. 113-136. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
520Kb

Official URL: http://www.ukm.my/jkom

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana kementerian di Malaysia mempraktikkan strategi pengekalan hubungan dalam laman sesawang rasmi mereka dan sejauh mana ia digunakan untuk membina dan mengekalkan hubungan antara kerajaan dengan rakyat. Kajian ini turut berhasrat untuk mengenal pasti sama ada wujud perbezaan penggunaan strategi pengekalan hubungan menerusi laman sesawang antara kementerian yang berbeza fungsi dan peranannya. Enam strategi pengekalan hubungan yang dikemukakan oleh Hon dan Grunig (1999) digunapakai sebagai pembolehubah dalam kajian iaitu akses, positiviti, keterbukaan, jaringan, perkongsian tugasan dan jaminan. Bagi membolehkan kesemua strategi ini dikaji secara kuantitatif, pengkaji telah mengkategori 26 indikator di bawah enam strategi pengekalan hubungan. Data yang diperolehi daripada analisis kandungan ke atas 20 laman sesawang rasmi kementerian dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif terhadap data kajian menunjukkan bahawa keenam-enam strategi digunakan oleh semua kementerian pada tahap yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun,terdapat satu kementerian yang dikesan tidak mengaplikasikan tiga strategi iaitu strategi jaringan, perkongsian tugasan dan jaminan. Analisis terhadap penggunaan indikator oleh kementerian pula mendapati bahawa terdapat dua indikator yang kurang diberikan perhatian oleh semua kementerian iaitu indikator laporan tahunan dan indikator slogan. Semua kementerian dikesan tidak mempunyai indikator laporan tahunan, manakala 15 kementerian dikesan tidak mempunyai indikator slogan. Manakala analisis secara inferensi menggunakan Ujian Statistik Kruskal-Wallis menunjukkan nilai signifikan bagi kesemua strategi yang diuji melebihi 0.05 (α > 0.05). Justeru, tidak wujud perbezaan yang signifikan dari segi penggunaan strategi tertentu antara kementerian yang berbeza fungsi dan peranannya. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa dua kementerian yang berada pada kedudukan tertinggi berjaya merealisasikan 24 daripada 26 indikator, manakala kementerian berada pada kedudukan terendah hanya mempunyai 14 daripada keseluruhan 26 indikator yang diuji.

Item Type:Article
Keywords:Strategi; Kementerian; Kerajaan; Rakyat; Laman Sesawang.
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:5870
Deposited By:Mr Azam
Deposited On:14 Jan 2013 20:54
Last Modified:16 Jan 2013 09:52

Repository Staff Only: item control page