Rizky Hafiz Chaniago, and Fuziah Kartini Hassan Basri, (2012) Citra wanita dalam perkembangan muzik dangdut di Indonesia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 28 (2). pp. 137-150. ISSN 0128-1496
|
PDF
369kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jkom
Abstract
Perkembangan muzik dangdut di Indonesia dengan pelbagai macam variannya dewasa ini cukup membanggakan sekaligus membimbangkan. Muzik dangdut yang dulunya mengutamakan suara indah, lirik yang sopan ditambah dengan irama khas Melayu, kini telah berubah. Muzik dangdut zaman sekarang ini lebih mengutarakan goyangan daripada kualiti lirik yang dinyanyikan. Dengan modal paras cantik dan goyang erotis, para penyanyi dangdut dapat berkecimpung dalam industri muzik dangdut demi mencari keuntungan material. Goyang sensual ini ternyata mengundang protes elemen masyarakat yang dinilai memberikan respon negatif kerana menconteng citra golongan wanita. Ironisnya, goyang dangdut telah membingkai wajah baru perempuan di Indonesia dengan imej-imej yang erotis. Kesan inipun terbentuk tidak lepas daripada campur tangan media massa yang menghidangkan pelbagai macam tayangan televisyen dengan tema goyang dangdut. Modernisasi dalam berkesenian telah membawa muzik dangdut keluar daripada jalurnya. Seni muzik dangdut lebih menonjolkan kelenturan tubuh daripada unsur substansial yang diperlukan seorang penyanyi atau biduan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Muzik dangdut; citra wanita; imej erotis; goyang sensual; media massa |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 5871 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 14 Jan 2013 12:58 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:39 |
Repository Staff Only: item control page