Perkaitan antara pengurusan masa dan stres dalam kalangan pelajar siswazah di IPTA

Hamizatun Akmal binti Md Yusof, and Norzaini binti Azman, (2013) Perkaitan antara pengurusan masa dan stres dalam kalangan pelajar siswazah di IPTA. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 5 (1). pp. 34-49. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
237kB

Official URL: http://www.ukm.my/jtlhe/Current.aspx

Abstract

Pengurusan masa dan pengurusan stres yang baik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan pelajar siswazah kerana ianya dapat membantu pelajar mencapai kejayaan semasa menyambung pengajian di universiti. Secara umumnya, kertas ini bertujuan untuk melaporkan tahap pengurusan masa dan stres dalam kalangan 301 pelajar siswazah yang sedang mengikuti pengajian Sarjana di Fakulti Pendidikan di dua buah institusi pengajian tinggi awam. Data dikumpul menggunakan dua jenis soal selidik dan dianalisis secara deskriptif dan menggunakan ujian-t, regresi dan korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati tahap pengurusan masa dan stres responden kajian adalah pada tahap sederhana. Hasil ujian-t menunjukkan perbezaan yang signifikan tahap pengurusan masa berdasarkan jantina. Pengurusan masa walau bagaimanapun tidak berbeza secara signifikan dengan kedua-dua pemboleh ubah bebas iaitu status perkahwinan dan mod pengajian. Namun, analisis kajian mendapati perbezaan yang signifikan di antara tahap stres dan status perkahwinan tetapi tidak dengan faktor jantina dan mod pengajian. Kajian ini juga mendapati hubungan yang signifikan antara tahap pengurusan masa dengan tahap stres pelajar. Kajian ini mencadangkan agar penekanan terhadap kemahiran pengurusan masa dan pengurusan stres dalam pembelajaran di universiti di bina agar dapat melahirkan modal insan yang profesional dan berkemahiran tinggi.

Item Type:Article
Keywords:pengurusan masa; pelajar siswazah; pendidikan tinggi; stres
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:5878
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:14 Jan 2013 13:41
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page