Ahmad Mujahid Abdullah, and Siti Rugayah Hj. Tibek, and Wan Kamal Mujani, and Jawiah Dakir, and Kamaruzaman Yusuf, (2012) (The practice of barzanji, is it in line with Islamic teaching? Amalan berzanji, adakah ia selaras dengan ajaran Islam? Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 4 (2). pp. 23-35. ISSN 2229-8924
|
PDF
395kB |
Official URL: http://www.ukm.my/ijwas/
Abstract
Kedatangan Islam yang dibawa oleh Bangsa Arab ke Asia Tenggara, tidak hanya berbentuk doktrin keagamaan yang praktikal seperti yang dilaksanakan khususnya dalam masyarakat Melayu, bahkan turut membawa budaya dan kesenian Bangsa Arab sebagai uslub dakwah yang dominan dalam populasi Melayu sehingga ke hari ini. Antara warisan kesenian Arab yang masih menunjangi tradisi masyarakat Melayu sejak sekian lama adalah karya Maulid Barzanji. Maulid Barzanji atau Kitab Barzanji merupakan karya seni naratif yang mengisahkan sirah perjalanan Rasulullah s.a.w. Karya ini boleh dipadankan dengan pelbagai rentak bacaan, sesuai dibaca di majlis dan keraian tertentu. Walau bagaimanapun, muncul keraguan dan kebimbangan dalam masyarakat Melayu mutakhir ini tentang amalan dan kesahihan isi kandungan karya Barzanji. Artikel ini melaporkan hasil kajian mengenai isi kandungan karya Barzanji dan menjelaskan bentuk pengamalan masyarakat Melayu terhadap karya Barzanji. Adalah didapati pengamalan kitab Barzanji dalam masyarakat Melayu secara umumnya tidak tersimpang daripada landasan syara’. Sementara kesahihan isi kandungannya, terdapat hadis yang sahih, hasan dan daif serta terdapat nas-nas yang diambil dengan jalan istifadhoh mengikut metodologi ikhbariyyin.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Maulid Barzanji; pengamalan kitab Barzanji; kandungan karya Barzanji |
Journal: | Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies |
ID Code: | 5914 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 17 Jan 2013 01:56 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:39 |
Repository Staff Only: item control page