Persepsi ke atas penggunaan alat dan teknik kualiti terhadap prestasi kualiti dalam industri pembuatan

Zaharuzaman Jamaluddin, and Ahmad Mahir Razali, and Zainol Mustafa, (2012) Persepsi ke atas penggunaan alat dan teknik kualiti terhadap prestasi kualiti dalam industri pembuatan. Journal of Quality Measurement and Analysis, 8 (2). pp. 1-8. ISSN 1823-5670

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

420kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/ppsmfst/jqma/index2.html

Abstract

Penggunaan alat dan teknik kualiti adalah kaedah peningkatan kualiti yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data secara sistematik. Dalam makalah ini, persepsi penggunaan alat dan teknik kualiti terhadap prestasi kualiti dalam industri pembuatan dikaji. Sampel kajian terdiri daripada 219 buah industri pembuatan merangkumi organisasi bersaiz kecil, sederhana dan besar yang beroperasi di negeri Selangor. Kajian ini menggunakan analisis lintasan dengan penganggaran kebolehjadian maksimum untuk menganggarkan hubungan dalam satu sistem persamaan struktur menggunakan perisian AMOS yang melibatkan 5 kriterium, iaitu alat kawalan proses statistik (KPS), alat pengurusan, teknik lanjutan, peningkatan kualiti dan prestasi kualiti. Hasil analisis lintasan menunjukkan pemberat regresi anggaran adalah bererti berdasarkan nilai-p (nilai-p < 0.05), iaitu perkaitan antara kriterium kajian adalah bererti secara statistik melainkan perkaitan antara alat pengurusan dengan peningkatan kualiti. Ringkasnya, model analisis lintasan adalah sah dari segi statistik dan mencapai indeks padanan yang baik dengan ujian Khi kuasa dua (χ2 (dk = 3) = 6.172, nilai-p = 0.082), CFI = 0.989, TLI = 0.963 dan RMSEA = 0.075. Kesimpulannya, kajian ini memberikan penunjuk awal terhadap pengukuran prestasi kualiti melalui penggunaan alat dan teknik kualiti khususnya dalam industri pembuatan.

Item Type:Article
Keywords:peningkatan kualiti; alat dan teknik kualiti; prestasi kualiti; industri pembuatan
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:5919
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:17 Jan 2013 03:27
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page