Pelicinan analisis data fungsian terhadap data biomekanik ketepatan tembakan (Functional data analysis smoothing on biomechanics shooting accuracy data)

Wan Rozita Wan Din, and Azmin Sham Rambely, and Abdul Aziz Jemain, (2012) Pelicinan analisis data fungsian terhadap data biomekanik ketepatan tembakan (Functional data analysis smoothing on biomechanics shooting accuracy data). Journal of Quality Measurement and Analysis, 8 (2). pp. 77-87. ISSN 1823-5670

Full text not available from this repository.

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/ppsmfst/jqma/index2.html

Abstract

Proses pelicinan adalah mandatori terhadap data yang dijana menggunakan peralatan mekanikal bagi membuang hingar. Kajian ini membentangkan ujian pelicinan ke atas data biomekanikal dengan menggunakan analisis data fungsian (ADF) yang merupakan suatu kaedah baharu dalam bidang statistik yang menganalisis data dalam bentuk fungsian. ADF juga memberi beberapa pembaharuan tambahan dari segi pelicinan data, pelarasan lengkung dan teknik analisis terbitan di samping kaedah analisis berstatistik biasa. Data ketepatan tembakan menggunakan rifel M16 diperoleh daripada sepuluh subjek tentera berumur 31 ± 6.2 tahun dengan berat badan 71.6 ± 10.4 kg dan ketinggian 166.3 ± 5.9 cm melalui peralatan analisis gerakan Vicon yang terdiri daripada tujuh kamera dan 39 penanda inframerah yang dilekatkan pada sendi utama badan. Beberapa ujian pelicinan melalui kaedah ADF dibentangkan bagi menetapkan parameter terbaik yang seterusnya dipilih terhadap data biomekanik ketepatan tembakan. Parameter terbaik bagi data biomekanik ketepatan menembak adalah dengan menggunakan modul pelicinan kembangan splin-B kuintik dengan menetapkan penalti kekasaran pada terbitan keempat dan jumlah pelicinan bersamaan dengan 1e-12. ADF terbukti sebagai satu daripada kaedah yang dapat melicinkan data biomekanik dengan sangat baik dan membolehkan data digunakan untuk analisis seterusnya

Item Type:Article
Keywords:pelicinan; hingar; analisis data fungsian; rifel; biomekanik ketepatan tembakan
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:5925
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:17 Jan 2013 03:59
Last Modified:30 Jan 2013 13:48

Repository Staff Only: item control page