Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, and Fazilah Idris, and Rozmi Ismail, (2012) Kefahaman remaja IPT terhadap konsep cinta menurut Islam dan hubungannya dengan pemikiran rasional dan akhlak percintaan. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 13 . pp. 7-24. ISSN 1511-8393
|
PDF
- Published Version
300kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jmalim
Abstract
Kajian ini adalah mengenai kefahaman remaja Islam terhadap konsep cinta dan hubungannya dengan pemikiran rasional dan akhlak percintaan. Tiga instrumen telah dibina bagi mengukur tahap kefahaman, sikap dan praktis remaja Islam dalam menghayati konsep cinta melalui pendekatan psikologi dan Islam, tahap kerasionalan ketika bercinta dan tahap akhlak percintaan dalam kalangan remaja di universiti tempatan yang terpilih. Kajian kuantitif ini melibatkan remaja di IPTA dan IPTS tempatan dengan mengedarkan tiga instrumen yang telah dibina khusus bagi kajian ini. Daripada responden seramai 599 orang (N=599), kajian ini mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor-faktor demografi, latar belakang pendidikan dan status percintaan dengan kefahaman mengenai konsep cinta dalam Islam, pemikiran rasional ketika bercinta dan akhlak percintaan. Dapatan ini berguna bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan cinta dari sudut psikologi dan Islam bagi menangani masalah keruntuhan akhlak yang berpunca dari salah faham terhadap konsep cinta menurut perspektif Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Remaja Islam; kefahaman cinta; pemikiran rasional; akhlak percintaan |
Journal: | MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara |
ID Code: | 5931 |
Deposited By: | Ms Ruzita Kamis |
Deposited On: | 07 Feb 2013 02:46 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:39 |
Repository Staff Only: item control page