Amalan mesra alam: kajian pengetahuan alam sekitar di Sabah dan Sarawak

Jamilah Ahmad, (2012) Amalan mesra alam: kajian pengetahuan alam sekitar di Sabah dan Sarawak. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 13 . pp. 133-148. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF - Published Version
271kB

Official URL: http://www.ukm.my/jmalim/

Abstract

Malaysia terlibat secara aktif dalam isu alam sekitar sejak tahun 1980-an. Malaysia bertuah kerana memiliki kawasan hutan yang luas di Sabah dan Sarawak. Menurut laporan Malaysian Timber Council, kawasan hutan di Semenanjung Malaysia adalah seluas 5.88 juta hektar, 4.30 juta hektar di Sabah dan 9.24 juta hektar di Sarawak. Kawasan hutan yang luas di Sabah dan Sarawak merupakan indikator penting dalam melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang menjaga alam sekitar. Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap pengetahuan tentang alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah dan Sarawak, mengkaji sumber pengetahuan tentang alam sekitar, dan menganalisis hubungan di antara pengetahuan alam sekitar dengan sikap dan amalan mesra alam. Seramai 550 orang responden daripada setiap daerah di Sabah dan Sarawak digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan walaupun tahap pengetahuan am tentang alam sekitar adalah tinggi, pengetahuan khusus tentangnya adalah rendah. Sumber utama pengetahuan dan informasi alam sekitar diperolehi daripada televisyen, diikuti surat khabar dan radio. Hasil kajian juga menunjukkan pengetahuan berhubung kait positif dengan tingkah laku dann amalan mesra alam.

Item Type:Article
Keywords:Amalan Mesra Alam; Pengetahuan Alam Sekitar; Sabah; Sarawak; Malaysia.
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:5955
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Feb 2013 03:45
Last Modified:14 Dec 2016 06:39

Repository Staff Only: item control page