Mikrorganisma penyebab jangkitan kulat kuku dalam kalangan pesakit kencing manis

Leelavathi, M. and Azimah, M.N. and Kharuddin, N.F. and Tzar, M.N (2013) Mikrorganisma penyebab jangkitan kulat kuku dalam kalangan pesakit kencing manis. Sains Malaysiana, 42 (3). 359 -363. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
203kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Pesakit kencing manis lebih mudah mendapat jangkitan disebabkan oleh sistem imun yang lemah. Antara jangkitan yang dialami adalah infeksi kulat kuku yang lebih dikenali sebagai onikomikosis. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan di Pusat Perubatan Primer, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mengenalpasti prevalen onikomikosis dan patogen penyebab utama onikomikosis dalam kalangan pesakit kencing manis. Kajian ini dijalankan sepanjang bulan Oktober 2010 hingga bulan Mei 2011. Keratan kuku diambil dari kuku kaki yang tidak normal. Sekiranya kuku adalah normal, sampel diambil daripada ibu jari kaki kanan. Sampel kuku diketip selepas dibersihkan dengan 70% alkohol, dimasukkan ke dalam sampul kertas dan diproses dalam masa dua jam. Sebahagian sampel diproses dengan larutan kalium hidroksida (20%) (KOH) dan sebahagian lagi dikultur pada plat media agar Sabouraud dekstros. Seramai 78 (51.7%) pesakit perempuan dan 73 (48.3%) pesakit lelaki telah menyertai kajian ini. Purata umur pesakit adalah 60.7 ± 9.1 tahun. Kebanyakan pesakit terdiri daripada etnik Melayu (60.3%, n=91), diikuti oleh Cina (24.5%, n=37), India (13.9%, n=21) dan lain-lain (1.3% n=2). Prevalen jangkitan kulat kuku dalam kalangan subjek adalah 81.5%. Kebanyakan spesies kulat yang dikesan adalah kulapuk selain dermatofit (39.7%, n=60), terutamanya Aspergillus (12.6%, n=19) diikuti dengan yis (20.5%, n=31) dan dermatofit (0.7%, n=1). Keputusan kajian ini berbeza daripada kajian-kajian negara barat kerana spesies dermatofit dan yis lebih kerap ditemui. Kesimpulannya, prevalen jangkitan kulat kuku dalam kalangan pesakit kencing manis dalam kajian ini adalah tinggi. Jangkitan ini perlu dikesan dengan lebih awal dan seterusnya dirawat untuk mengelak daripada komplikasi diabetes pada kaki berlaku. Organisma penyebab utama onikomikosis dalam kalangan pesakit kencing manis dalam kajian ini adalah kulat selain dermatofit dan ini adalah sama dalam kalangan pesakit diabetes dan populasi umum.

Item Type:Article
Keywords:Kencing manis; kulapuk selain dermatofit; kulat; onikomikosis
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:5979
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Feb 2013 04:05
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page