Persepsi pelajar terhadap kaedah pembelajaran tahfiz al-Quran di Malaysia

Azmil Hashim, and Ab.Halim Tamuri, (2012) Persepsi pelajar terhadap kaedah pembelajaran tahfiz al-Quran di Malaysia. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 2 (4). pp. 1-10. ISSN 1985-6236

[img]
Preview
PDF
177kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jiae/Default.aspx

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi kaedah amalan pembelajaran tahfiz di Darul Quran JAKIM dan Maahad Tahfiz al-Quran negeri (MTQN) di Malaysia. Kajian ini melibatkan 212 pelajar semester 6 di 11 institusi dan maahad yang mengikuti Diploma Tahfiz Darul Quran JAKIM. Instrumen soal selidik telah dibina sendiri oleh penyelidik dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach bagi semua bahagian dalam soal selidik adalah tinggi iaitu 0.97. Kajian ini juga menggunakan kaedah pemerhatian melalui lima sampel pemerhatian kelas pelajar yang diambil secara rawak. Data kuantitatif daripada soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah, pembelajaran tahfiz, iaitu elemen tasmi’, takrar berada pada tahap tinggi. Elemen tasmi talaqqi dan musyafahah berada pada tahap sederhana tinggi dan eleman kefahaman dan penulisan berada pada tahap sederhana rendah. Dapatan kajian kualitatif terhadap pemerhatian juga menyokong dapatan kajian kuantitatif ini. Implikasinya, kaedah talaqqi dan musyafahah, tasmi’, takrar, merupakan kaedah paling utama yang seharusnya diberi perhatian dan kaedah kefahaman dan penulisan juga tidak boleh diabaikan.

Item Type:Article
Keywords:Kaedah pembelajaran; pendidikan tahfiz dan kaedah tahfiz
Journal:JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education
ID Code:5990
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Feb 2013 01:43
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page