Kecerdasan emosi dan sikap pembelajaran pelajar terhadap pencapaian Kursus Tamadun Islam di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan

Nor Hayati Fatmi Talib, and Bani Hidayat Mohd Shafie, and Alias Mat Saad, and Ab Halim Tamuri, (2012) Kecerdasan emosi dan sikap pembelajaran pelajar terhadap pencapaian Kursus Tamadun Islam di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 2 (4). pp. 25-34. ISSN 1985-6236

[img]
Preview
PDF
188kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/jiae/Default.aspx

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti profil kecerdasan emosi, sikap pembelajaran dan hubungan antara kecerdasan emosi dan sikap pembelajaran dengan pencapaian kursus Tamadun Islam dalam kalangan pelajar tahun akhir di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson. Seramai 80 daripada 473 orang pelajar tahun akhir di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson terlibat dalam kajian ini. Statistik deskriptif menggunakan peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk analisis taburan. Ujian t digunakan untuk melihat perbezaan manakala kolerasi Pearson untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah kecerdasan emosi dan sikap pembelajaran dengan pencapaian kursus Tamadun Islam. Hasil kajian mendapati pelajar mempunyai tahap kecerdasan emosi dan sikap pembelajaran yang tinggi dan mencapai keputusan yang baik dalam kursus Tamadun Islam. Tiada perbezaan signifikan kecerdasan emosi dan sikap pembelajaran berdasarkan gender. Kajian ini juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dan sikap pembelajaran dengan pencapaian kursus Tamadun Islam.

Item Type:Article
Keywords:kecerdasan emosi; sikap pembelajaran; Tamadun Islam; pencapaian akademik
Journal:JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education
ID Code:5992
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Feb 2013 03:03
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page