Sintaksis kata tanya ‘sapa’ dalam dialek Kedah

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, and Nurulafiqah Suhaimi, (2013) Sintaksis kata tanya ‘sapa’ dalam dialek Kedah. GEMA: Online Journal of Language Studies, 13 (1). pp. 43-59. ISSN 1675-8021

[img] PDF
394kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html

Abstract

Kajian sintaksis sesuatu dialek masih kurang dijalankan di Malaysia. Maka, kajian ini merupakan usaha awal yang akan menggunakan dialek Kedah (DK) untuk membahaskan sifat dan struktur sintaksis kata tanya sapa. Berdasarkan penelitian awal, kata tanya sapa mempunyai dua kedudukan iaitu kedudukan akhir yang dinamakan in-situ dan kedudukan awal yang dinamakan pergerakan (movement). Sifat in-situ tidak bercanggah dengan nahu standard dalam buku Tatabahasa Dewan yang hanya menyatakan bahawa kata tanya boleh berada di posisi awal ayat sahaja dan disertai dengan partikel –kah dan di posisi akhir tanpa partikel kah. Data yang dibahaskan ini diperolehi melalui kajian lapangan di Baling, Kubang Pasu, Kuala Nerang dan Kubang Rotan. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan menghuraikan sifat kata tanya sapa melalui analisis sintaksis berpandukan kerangka Program Minimalis (Chomsky, 1995). Kajian ini mendapati bahawa sifat sapa yang in-situ dan bergerak berdasarkan faktor OP (Operator) dan VAR (Variabel) serta [± in-situ] telah dimanupulasi oleh kata tanya tersebut.

Item Type:Article
Keywords:kata tanya; dialek Kedah; in-situ; pergerakan; operator
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:6043
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Mar 2013 04:23
Last Modified:19 Mar 2013 03:56

Repository Staff Only: item control page