Sumbangan framenet kepada leksikografi korpus: kajian kes penyelidikan makna kata kerja melihat

Rusmadi Baharudin, and Nor Hashimah Jalaluddin, and Ho-Abdullah, Imran (2013) Sumbangan framenet kepada leksikografi korpus: kajian kes penyelidikan makna kata kerja melihat. GEMA: Online Journal of Language Studies, 13 (1). pp. 61-81. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
474kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html

Abstract

Perkembangan yang berlaku dalam pembangunan data korpus elektronik sejak dua dekad yang lalu telah memberikan dampak yang besar terhadap bidang leksikografi dalam pelbagai bahasa di pelbagai belahan dunia.Praktis leksikografi pada masa kini dan mendatang semakin pasti akan menggunakan pendekatan berasaskan korpus atau malah lebih kepada yang beracukan korpus. Oleh itu, korpora hari ini adalah peranti yang sangat penting dalam penyelidikan bahasa.Daripada data korpus yang besar jumlahnya, pola penggunaan dan gelagat semantik atau potensi makna sesuatu unit leksikal dapat diperhatikan dengan mudah.Pembangunan pangkalan data leksikal seperti FrameNet (http://framenet.icsi.berkeley.edu)mempunyai potensi untuk kerja leksikografi, misalnya penyelisikan makna. FrameNet ialah pangkalan data leksikal dalam talian bahasa Inggeris kontemporariyang dirangkadengan berasaskan teori FrameSemantics.Sebagai produk daripada projek leksikografi komputer, pangkalan data ini menyediakan maklumat semantik dan sintaksis,khususnya tentang pola valensi bagi setiap item leksikal yang dianalisis maknanya.Makalah ini membincangkan manfaat yang dapat diperoleh daripada projek FrameNet ini dalam kerja penyelisikan makna kata dan penambahbaikan dalam kerja pendeskripsian semantik satu entri dalam projek penyusunan kamus bahasa Melayu. Kata melihat daripada kelas semantik kata kerja persepsi visual Melayu digunakan sebagai data untuk menguji potensi pangkalan data FrameNet ini sebagai sumber rujukan leksikografi yang dapat digunakan oleh bahasa lain daripada bahasa Inggeris.Penyemakan dan cadangan penulisan semula subentri melihat yang dirakamkan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat dikemukakan juga dalam makalah ini.

Item Type:Article
Keywords:FrameNet; frame semantics; kata kerja melihat; leksikografi korpus; penyelisikan makna
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:6044
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Mar 2013 04:44
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page