Analisis kesilapan dan strategi pembelajaran gender gramatikal bahasa Perancis

Hazlina Abdul Halim, (2013) Analisis kesilapan dan strategi pembelajaran gender gramatikal bahasa Perancis. GEMA: Online Journal of Language Studies, 13 (1). pp. 169-184. ISSN 1675-8021

[img] PDF
363kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html

Abstract

Kajian ini merupakan suatu analisis pemerolehan gender gramatikal bahasa Perancis dari sudut kesilapan aplikasi dan strategi pembelajaran pelajar bahasa Perancis sebagai bahasa asing. Makalah ini menyiasat tahap kepekaan dan aplikasi gender gramatikal bahasa Perancis oleh pelajar universiti. Kajian ini juga ingin mengenal pasti strategi yang digunakan oleh pelajar dalam pemerolehan gender gramatikal. Responden terdiri daripada 60 pelajar bahasa Perancis tahap pertengahan. Sebanyak 20 ayat yang mengandungi kosa kata yang telah dipelajari diberikan kepada responden untuk menguji kepekaan dan aplikasi gender bahasa Perancis. Analisis kesilapan menggunakan Surface Strategy Taxonomy oleh Dulay, Burt dan Krashen (1982) telah dilakukan dan dapatan menunjukkan pelajar mempamerkan kepekaan yang minimum terhadap gender yang dikaitkan dengan kata sendi. Pelajar juga mempunyai kesukaran untuk menghubungkaitkan kata sifat dengan kata nama yang mempunyai gender, terutamanya apabila ia melibatkan kata nama tak bernyawa. Pengkaji mendapati kesilapan pemilihan, kesilapan pengurangan dan kesilapan penambahan oleh pelajar adalah disebabkan oleh ketidakpekaan dan ketidakfahaman mereka tentang gender dan aplikasinya. Beberapa strategi dikenal pasti telah digunakan oleh pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam ayat yang mempunyai struktur gender gramatikal.

Item Type:Article
Keywords:pemerolehan bahasa; gender gramatikal bahasa Perancis; bahasa Perancis; analisis kesilapan; strategi pembelajaran
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:6051
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Mar 2013 07:28
Last Modified:06 Mar 2013 02:09

Repository Staff Only: item control page