Malaysia my second home: isu bahasa dalam kalangan peserta Jepun

Siti Hamin Stapa, and Hieda, Natsue and Normalis Amzah, and Talaibek, Musaev (2013) Malaysia my second home: isu bahasa dalam kalangan peserta Jepun. GEMA: Online Journal of Language Studies, 13 (1). pp. 185-200. ISSN 1675-8021

[img] PDF
364kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan isu bahasa dalam kalangan peserta warga Jepun yang menyertai program Malaysia My Second Home (MM2H). Metodologi kajian yang diguna pakai adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Data kajian diperolehi melalui kaedah soal selidik, diskusi kumpulan serta temu ramah individu. Seramai 100 orang peserta rakyat Jepun dipilih untuk mengisi borang soal selidik. Manakala lima orang peserta telah ditemu bual secara berkumpulan. Untuk temu bual individu pula dua orang rakyat Jepun telah dipilih. Hasil kajian menunjukkan bahawa peserta rakyat Jepun yang terlibat di dalam program MM2H memilih Malaysia kerana ‘harga barang murah’ dan ‘cuaca yang sesuai’. Hasil kajian mengenai isu penggunaan bahasa menunjukkan bahasa pilihan rakyat Jepun untuk berinteraksi di Malaysia lebih berpihak kepada bahasa Inggeris berbanding dengan bahasa rasmi negara ini, iaitu bahasa Melayu. Ini adalah kerana mereka mempunyai lebih banyak pengalaman mempelajari bahasa Inggeris berbanding dengan bahasa Melayu. Tanpa interaksi yang mencukupi dengan orang tempatan menyebabkan tahap penguasaan kedua-dua bahasa mereka masih di peringkat asas. Walaupun begitu mereka boleh meneruskan kehidupan mereka di Malaysia disebabkan persekitaran yang menyediakan perkhidmatan kepada mereka dalam bahasa Jepun. Namun mereka berpendapat terdapat keperluan untuk mereka meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Keinginan mempelajari bahasa-bahasa tersebut mencerminkan sikap mereka yang mengharapkan agar kehidupan mereka lebih mudah dan dapat menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan masyarakat tempatan pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Malaysia My Second Home; peserta Jepun; penguasaan bahasa; pemilihan bahasa; sikap bahasa
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:6052
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Mar 2013 07:36
Last Modified:19 Mar 2013 04:08

Repository Staff Only: item control page