Development of the pelvic and lower limb immobilization device: a Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) innovation project

Ismail, MS and Johar, MJ and Bala Krishnian, and Mohd Radhi, A and Saadah, NA and Gan, KB (2012) Development of the pelvic and lower limb immobilization device: a Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) innovation project. Medicine & Health, 7 (1). pp. 1-11. ISSN 1823-2140

[img]
Preview
PDF
861kB

Official URL: http://www.medicineandhealthukm.com

Abstract

Pendarahan tidak terkawal yang disebabkan kepatahan tulang pelvis menyumbang kepada morbiditi dan mortaliti berkaitan trauma. Tiga strategi utama yang telah digariskan untuk merawat keadaan ini adalah mengurangkan isipadu ruang pelvis dengan mewujudkan kesan tamponade, menghentikan pendarahan melalui kaedah angioembolisasi keatas salur darah besar, dan penstabilan tulang pelvis melalui fiksator luaran. Ini haruslah dimulakan seawal mungkin. Alatan prahospital yang mampu membenarkan kaedah diatas dilaksanakan akan banyak membantu didalam perawatan pesakit yang mengalami keadaan ini. Buat masa ini kebanyakan alatan atau kaedah yang digunakan di prahospital mempunyai keistimewaan mereka tersendiri namun tidak kurang juga terdapat beberapa kekangan. Bagi mengatasi masalah ini, satu senarai semak yang mengandungi ciri-ciri alatan yang sempurna telah dibangunkan. Sepasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyahut cabaran untuk merangka dan membina alatan perubatan berpandukan ciri-ciri tersebut. Projek dua fasa selama tujuh tahun telah dilaksanakan melibatkan kajian anthropometrik, biomekanikal, kadaver dan radiologikal dalam menghasilkan alatan yang diperlukan. Akhirnya BRIMTM Immobilizer, sebuah alatan perubatan yang mengimobilisasi pelvis dan anggota bawah terhasil. Ianya satu alat yang mesra pengguna, tahan lasak, kos efektif, lut sinar-x, ringan, dan boleh diguna-semula yang menjawab hampir seluruh persoalan alatan yang diperlukan untuk rawatan.

Item Type:Article
Keywords:pelvic binder; BRIM immobilizer; kecederaan pelvis; rawatan pra-hospital
Journal:Medicine & Health
ID Code:6056
Deposited By: Mr. Muhammad Wafi -
Deposited On:11 Mar 2013 08:33
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page