A cross-sectional study on patient satisfaction with Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC) Primary Care Clinic

Hizlinda, T and Teoh, SY and Siti Nurbaiyah, KE and Azrina, AS and Mohamad Hafizzudin, MT and Chamg, LH and Noraliza, MA (2012) A cross-sectional study on patient satisfaction with Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC) Primary Care Clinic. Medicine & Health, 7 (1). pp. 12-23. ISSN 1823-2140

[img]
Preview
PDF
323kB

Official URL: http://www.medicineandhealthukm.com

Abstract

Kepuasan pesakit memainkan peranan yang penting dalam memastikan penggunaan perkhidmatan jagaan kesihatan, rawatan berterusan dan kepatuhan terhadap rawatan. Maka, kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kepuasan pesakit dengan perkhidmatan yang diberikan oleh klinik jagaan primer PPUKM. Satu kajian deskriptif keratan rentas yang melibatkan 317 pesakit yang hadir ke klinik tersebut telah dijalankan daripada Febuari sehingga Mac 2011. Mereka telah dipilih melalui pensampelan rawak secara sistematik. Dengan menggunakan satu borang soal-selidik kepuasan pesakit-46 (PSQ-46) yang telah disahkan di dalam versi Inggeris dan Melayu, kepuasan keseluruhan dan kepuasan dengan lima sub skala (doktor, jururawat, aksesibiliti, kemudahan dan temujanji) diperiksa. Sebahagian besar pesakit (93.1%) secara umumnya berpuas hati dengan perkhidmatan keseluruhan. Di antara lima skala sub, pesakit sangat berpuas hati dengan doktor (96.5%), tetapi hanya 35.6% pesakit berpuas hati dengan kemudahan. Jumlah pesakit yang berpuas hati dengan sub skala yang lain adalah: 86.1% (temujanji), 82.0% (jururawat) dan 68.1% (aksesibiliti). Terdapat perkaitan yang ketara di antara setiap skala sub dan kepuasan keseluruhan (p<0.001 untuk doktor, jururawat, aksesibiliti dan temujanji; p=0.014 untuk kemudahan). Walaubagaimanapun, perkaitan sedemikian tidak kelihatan di antara faktor-faktor sosio-demografi dan kepuasan keseluruhan (p=0.200 untuk jantina, p=0.108 untuk umur, p=0.894 untuk kaum, p=0.146 untuk tahap pendidikan, p=0.653 untuk status pekerjaan, p=0.867 untuk jenis pekerjaan, dan p=0.623 untuk pendapatan keluarga). Kesimpulannya, kebanyakan pesakit merasakan kemudahan klinik adalah substandard tetapi mereka mempunyai tahap kepuasan keseluruhan yang tinggi. Namun, strategi untuk memperbaiki kemudahan masih diperlukan kerana ia dapat meningkatkan lagi kualiti rawatan dan kepuasan pesakit.

Item Type:Article
Keywords:jagaan kesihatan primer; kepuasan pesakit; kualiti penjagaan kesihatan; Malaysia
Journal:Medicine & Health
ID Code:6057
Deposited By: Mr. Muhammad Wafi -
Deposited On:11 Mar 2013 08:58
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page