Clinical value of a rapid fully automated thyroid autoantibody assay in the diagnosis and management of graves disease

Hanita, O and Azura, NR and Faizal, MMZ (2012) Clinical value of a rapid fully automated thyroid autoantibody assay in the diagnosis and management of graves disease. Medicine & Health, 7 (1). pp. 24-31. ISSN 1823-2140

[img]
Preview
PDF
327kB

Official URL: http://www.medicineandhealthukm.com

Abstract

Penyebab utama hipertiroidisme adalah Penyakit Grave (GD). Ia merupakan penyakit autoimun dimana berlaku pengikatan antibodi terhadap reseptor hormon perangsang tiroid (TRAb). Tujuan kajian ini adalah untuk memvalidasi pengujian TRAb dari segi kejituan, sensitiviti, spesifisiti dan nilai cut-off. Ujian kejituan (CV) dilakukan secara dalam masa dan sela masa menggunakan dua tahap kawalan kualiti pada julat kepekatan rendah 3.78-7.02 IU/L dan julat kepekatan tinggi 13.5-21.2 IU/L. Untuk menentukan sensitiviti, spesifisiti dan nilai cut-off, 124 sampel serum dari 46 GD , tujuh tiroiditis Hashimoto (HD), 11 goiter nodular non-autoimmune (NAG), dua kanser tiroid and 58 normal sebagai kawalan telah diambil secara retrospektif. Kejituan dalam masa adalah 2.4% pada kepekatan 3.90 IU/L(julat: 3.78-7.02 IU/l) and 0.8% pada kepekatan 20.80 IU/L (julat:13.5-21.2 IU/l). Kejituan keseluruhan adalah 3.8% pada kepekatan 3.80 IU/L (julat:13.5-21.2 IU/l) dan 1.0% pada 20.8 IU/L (julat:13.5-21.2 IU/l). Analisa Receiver-operating characteristic (ROC) menunjukkan sensitiviti terbaik (94%) dan spesifisiti terbaik (98%) adalah pada nilai cut-off 1.69 IU/L. Positive predictive value (PPV) dan negative predictive value (NPV) berada pada 95% dan 94%. Pada nilai 1.69 IU/l ini, didapati sensitiviti untuk 29 sampel pesakit yang baru didiagnosa dengan GD berada pada 94%. Dari kajian ini didapati esai TRAb yang mengambil masa 27 minit ini mempunyai kejituan yang baik, sensitiviti yang tinggi untuk mengesan penyakit GD dan spesifisiti yang bagus untuk membezakan GD dari penyakit tiroid yang lain dan membantu dalam rawatan pesakit tiroid.

Item Type:Article
Keywords:penyakit Graves; reseptor hormon perangsang thyroid; kejituan; sensitiviti;spesifisiti
Journal:Medicine & Health
ID Code:6058
Deposited By: Mr. Muhammad Wafi -
Deposited On:11 Mar 2013 09:15
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page