Inverse correlation between P53 and Bcl-2 expression in breast carcinoma of Malaysian patients

Mdzin, R and Lau, TY and Rohaizak, M and Sharifah, NA (2012) Inverse correlation between P53 and Bcl-2 expression in breast carcinoma of Malaysian patients. Medicine & Health, 7 (1). pp. 32-40. ISSN 1823-2140

[img]
Preview
PDF
683kB

Official URL: http://www.medicineandhealthukm.com

Abstract

Gen penindas p53 dan proto-onkogen Bcl-2 mengkodkan fosfoprotin nuklear dan protin membran mitokondria yang terlibat dalam pelbagai fungsi sel. Kedua-dua protin mempunyai hubung kait dengan tapak jalan kematian sel berprogram disamping memberi informasi prognostik karsinoma payudara. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kaitan onko-protin p53 dan Bcl-2 pada karsinoma payudara dan hubungannya dengan umur pesakit, saiz tumor, peringkat kanser dan gred histologi. Lima puluh sembilan kes kanser payudara dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) telah dikaji menggunakan teknik imunohistokimia. Keputusan menunjukkan 45.8% (27/59) kanser payudara adalah imunopositif untuk p53 dan 40.7% (24/59) adalah imunopositif untuk Bcl-2. Terdapat korelasi signifikan di antara ekspresi Bcl-2 dengan peringkat awal kanser (p=0.01). Variabel lain tidak menunjukkan kaitan signifikan. Kaitan songsang didapati di antara p53 dan Bcl-2 (p=0.001). Hasil keputusan mencadangkan regulasi menurun Bcl-2 oleh p53 dalam karsinogenesis kanser payudara.

Item Type:Article
Keywords:korelasi songsang; p53;Bcl-2; karsinoma payudara; regulasi menurun
Journal:Medicine & Health
ID Code:6059
Deposited By: Mr. Muhammad Wafi -
Deposited On:11 Mar 2013 09:19
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page