Pemetaan zon kebolehrentanan kegagalan cerun di Pulau Pinang menggunakan Rangkaian Saraf Buatan (ANN)

Nuriah Abd Majid, and Wan Mohd Muhiyuddin Wan Ibrahim, (2013) Pemetaan zon kebolehrentanan kegagalan cerun di Pulau Pinang menggunakan Rangkaian Saraf Buatan (ANN). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 9 (1). pp. 34-47. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Pemetaan zon kebolehrentanan kegagalan cerun merupakan isu yang hangat di Malaysia. Kajian ini adalah untuk membangunkan peta kebolehrentanan kegagalan cerun di Pulau Pinang menggunakan rangkaian saraf buatan (ANN) dengan integrasi Sistem Maklumat Geografi. Kegagalan cerun berlaku adalah disebabkan faktor ruangan dan faktor bukan ruangan. Kajian ini hanya mengambilkira faktor ruangan yang mempengaruhi kegagalan cerun. Pembangunan yang tidak terkawal menyumbang pada bencana ini. Oleh itu kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor ruangan yang mempengaruhi kegagalan cerun. Hasil kajian ini adalah dalam bentuk pembangunan peta kebolehrentanan kegagalan cerun bagi mengenalpasti kawasan yang berpotensi mengalami kegagalan cerun. Lapisan-lapisan peta yang digunakan adalah seperti topografi (cerun, aspek, dan kelengkungan), jenis litologi, siri tanih, saliran, jalan raya, hujan, dan lineamen digunakan bagi membentuk pangkalan data ruangan dengan menggunakan GIS. Penghasilan peta zon kebolehrentanan kegagalan cerun adalah berdasarkan pada pemberat yang terdapat dalam ANN bagi menghasilkan peta zon kebolehrentanan kegagalan cerun yang mengklasifikasikan mudah kepada empat zon iaitu sangat rendah, rendah, sederhana, dan tinggi. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa GIS yang bersama-sama dengan model ANN adalah satu pendekatan yang fleksibel dan berkemampuan untuk mengenal pasti kawasan berpotensi berlaku kegagalan cerun.

Item Type:Article
Keywords:GIS;kebolehrentanan;kegagalan cerun;litologi; pemetaan; rangkaian saraf buatan (ANN)
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:6065
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Mar 2013 00:47
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page