Konflik di Pusat Pemindahan Banjir: kajian kes di Daerah Padang Terap, Kedah.

Mohd Zulhafiz Said, and Salfarina Abdul Gapor, and Mohd Nazri Samian, and Abd Malik Abd Aziz, (2013) Konflik di Pusat Pemindahan Banjir: kajian kes di Daerah Padang Terap, Kedah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 9 (1). pp. 69-78. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
753kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Banjir merupakan fenomena yang semakin kerap berlaku kesan daripada perubahan iklim dan pemanasan global yang semakin teruk. Apabila banjir berlaku, mangsa banjir akan dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Artikel ini akan membincangkan berkenaan dengan konflik yang berlaku di pusat pemindahan banjir di Padang Terap dimana pusat pemindahan yang sedia ada kurang penyelenggaraan yang baik. Ini akan menambahkan lagi tekanan emosi mangsa banjir kerana pada masa yang sama rumah dan harta benda mereka juga ditenggelami air termasuk kemusnahan tanaman dan ternakan. Artikel ini adalah untuk mengenalpasti contoh-contoh konflik yang berlaku di pusat pemindahan banjir dan mencadangkan pendekatan yang terbaik untuk mengurangkan konflik yang berlaku di pusat pemindahan banjir. Kaedah kajian yang digunakan adalah melalui pendekatan kuantitatif seperti soal selidik kepada 683 responden dan pendekatan kualitatif perbincangan kumpulan fokus terhadap 30 orang pemimpin tempatan. Dapatan menunjukan konflik di pusat pemindahan banjir wujud disebabkan oleh makanan yang tidak mencukupi, tiada kefahaman sesama mangsa banjir dan pusat pemindahan yang sesak serta kelengkapan infrastruktur yang tidak sesuai dan mencukupi. Oleh itu, cadangan seperti meningkatkan infrastruktur di pusat pemindahan banjir penting dalam meningkatkan kepuasan hati mangsa banjir serta mengutamakan keselesaan mereka adalah usaha yang perlu di samping barangan makanan yang mencukupi dan cepat sampai serta mengadakan aktiviti seperti kaunseling kepada mangsa banjir agar trauma dan tekanan yang dihadapi akan berkurang.

Item Type:Article
Keywords:Daerah Padang Terap; Masalah Banjir; Pemimpin Tempatan; Pengurusan Konflik; Pusat Pemindahan Banjir.
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:6068
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Mar 2013 01:34
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page