Peranan pengurus sebagai penyebar maklumat: kes Istana Budaya, Kuala Lumpur

Ab. Samad Kechot, (2013) Peranan pengurus sebagai penyebar maklumat: kes Istana Budaya, Kuala Lumpur. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 9 (1). pp. 79-88. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
425kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?

Abstract

Maklumat dan cara penyalurannya penting dalam mempengaruhi perestasi sesebuah organisasi. Pengurus perlu memainkan peranan selaku penyebar maklumat yang berkesan bagi memastikan kelangsungan perkembangan organisasi dan keharmonian hubungan sesama pekerja. Artikel ini bertujuan mengkaji pandangan ahli organisasi, iaitu subordinat dalam organisasi Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, terhadap pengurus dalam menjalankan peranan selaku penyebar maklumat. Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan kaji selidik. Borang kaji selidik ditadbirkan ke atas semua 288 orang pekerja sokongan IB. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif menerusi pakej Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian ini menunjukkan majoriti responden mengakui bahawa para pengarah, iaitu pengurus yang berperanan sebagai pemimpin menjalankan peranan sebagai penyebar maklumat sepanjang menjalankan tugas mereka di IB. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa kedua-dua pihak subordinat dan superior menyedari kepentingan menyebarkan maklumat melalui saluran yang betul dan secara yang bijaksana bagi memastikan agar komunikasi dalam organisasi berterusan serta lancar.

Item Type:Article
Keywords:komunikasi dan bijaksana ; organisasi; pengurus; penyebar maklumat;. subordinat; superior.
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:6069
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Mar 2013 01:40
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page