Abdul Hafiz Mat Tuah, and Zakaria Stapa, and Ahmad Munawar, (2012) Memperkasakan jati diri Melayu-Muslim menerusi Pendidikan Islam dalam pengajaran akhlak. Jurnal Hadhari, Specia . pp. 23-35. ISSN 1985-6830
PDF
Restricted to Repository staff only 324kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/
Abstract
Pengajaran akhlak amat penting dalam membangunkan modal bersifat fizikal. Masyarakat kini mula sedar kepentingan modal jati diri yang mampu membawa kemajuan dan kecemerlangan peradaban ummah. Ini bermakna, sistem Pendidikan Islam dapat memperkasakan jati diri Melayu muslim. Ini merupakan agenda utama bagi kebanyakan negara Islam termasuk Malaysia. Maka diakui bahawa Pendidikan Islam merupakan wadah terpenting bagi mencapai dan merealisasikan hal ini. Ini kerana sistem pengajaran akhlak yang lengkap dan teratur mampu menghasilkan rakyat yang berpengetahuan tinggi dan dapat menjaga jati diri mereka sebagai seorang Melayu muslim. Jati diri yang dilahirkan itu pula hendaklah mempunyai nilai kerohanian dan nilai etika yang mantap hasil daripada kesepaduan jasmani, rohani, emosi dan intelek dalam Pendidikan Islam. Bagi pelajar Islam, mereka dididik dengan nilai akhlak menerusi mata pelajaran Pendidikan Islam. Namun usaha ini perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan memerlukan komitmen yang tinggi dari pelbagai pihak. Dengan itu, kita mengharapkan agar usaha memperkasakan jati diri melalui pengajaran akhlak dapat melahirkan masyarakat yang beriman, berkualiti dan cemerlang dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Hal ini bukan sahaja dapat menguntungkan diri sendiri bahkan kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, penulis akan membincangkan pengajaran akhlak dalam Pendidikan Islam dalam usaha memperkasakan jati diri Melayu muslim.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | pengajaran akhlak; pendidikan Islam; jati diri Melayu muslim |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 6095 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 09 Apr 2013 01:40 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:40 |
Repository Staff Only: item control page