Islam dalam pendidikan dan hubungannya dengan pembentukan jati diri bangsa Melayu di Malaysia

Ahmad Munawar Ismail, and Zakaria Stapa, and Mohd Yusof Othman, and Mashitoh Yaacob, (2012) Islam dalam pendidikan dan hubungannya dengan pembentukan jati diri bangsa Melayu di Malaysia. Jurnal Hadhari, Specia . pp. 37-50. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

365kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/

Abstract

Perbincangan mengenai Islam di Malaysia telah menarik minat ramai penyelidik sama ada dari dalam atau luar negara. Isu-isunya merangkumi pelbagai aspek bidang kajian seperti sosio-budaya, Islam dan masyarakat Melayu, sains politik, ekonomi mahupun isu-isu kenegaraan. Kecenderungan para pengkaji ini menunjukkan bahawa masyarakat Islam di Malaysia memiliki nilai-nilai yang dinamik dan keistimewaannya yang tersendiri. Justeru, satu kajian telah dilaksanakan bagi melihat secara empirikal data-data yang menunjukkan hubungan antara nilai-nilai dinamik yang ada dalam diri bangsa Melayu dan hubungannya dengan nilai-nilai Islam yang telah diperoleh melalui pendidikan Islam yang berterusan di Malaysia. Artikel ini adalah berasaskan kajian kuantitatif yang bertujuan mengenal pasti sejauh manakah tahap pengetahuan Islam bangsa Melayu di Malaysia. Kajian yang menggunakan kaedah tinjauan dan temu bual ini melibatkan seramai 587 orang responden terdiri daripada belia-belia yang memiliki ijazah dan yang tidak memiliki ijazah. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan min dan sisihan piawai. Secara keseluruhan, hasil analisis kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan Islam responden adalah sangat tinggi oleh kedua-kedua kategori responden ini. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa sistem pendidikan Islam di Malaysia telah memberi kesan yang signifikan sekurang-kurangnya kepada penyerapan nilai-nilai asas Islam seperti akidah, syariah dan akhlak kepada belia Melayu di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Islam; Melayu; belia; Malaysia; pendidikan Islam.
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:6096
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Apr 2013 01:51
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page