Jati diri kebangsaan dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi

Mohd Yusof Othman, and Jawiah Dakir, and Abd. Latif Samian, and Mohd. Safar Hasim, and Noor Aziah Mohd Awal, and Shamsul Azhar Yahya, and Rosilawati Mohd. Hanapi, and Noralina Omar, and Mujahid Abu Bakar, (2012) Jati diri kebangsaan dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Jurnal Hadhari, Specia . pp. 67-78. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

327kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/

Abstract

Kekukuhan jati diri dalam kalangan generasi muda sering kali menjadi kebimbangan masyarakat, perkara tersebut memandangkan generasi muda lazimnya terkenal dengan sifat-sifat seperti ingin mencuba suatu yang baru dan mudah terikut-ikut sedangkan generasi muda merupakan generasi harapan bangsa yang bakal menerajui negara pada masa akan datang. Kajian ini bertujuan meneliti tahap jati diri pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terpilih di sekitar Lembah Kelang. Komponen jati diri yang dinilai dalam kajian ini ialah bahasa, adat, budaya, agama, patriotisme, integriti, idealisme dan sumbangan institusi. Semua komponen tersebut diteliti manifestasinya melalui pengetahuan, tingkah laku, emosi, nilai dan kepercayaan. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui pendekatan kuantitatif. Borang soal selidik merupakan alat pengumpulan data kajian. Alat ukuran jati diri dibina oleh kumpulan penyelidik. Seramai 800 mahasiswa lelaki dan perempuan dari empat IPTA terpilih dengan pelbagai tahun dan aliran pengajian dan terdiri daripada tiga etnik utama terpilih sebagai responden kajian ini. Hasil kajian ini mendapati hanya 54.6 peratus responden mempunyai tahap jati diri yang tinggi. Selain itu, terdapat perbezaan signifikan dari segi jati diri berdasarkan etnik (k<0.001). Kesimpulannya, tahap jati diri sampel kajian adalah agak membimbangkan. Ini menunjukkan bahawa pihak berkuasa harus mengambil tindakan serius supaya ia tidak mengancam integriti nasional negara. Usaha berterusan perlu dilakukan untuk mengukuhkan jati diri rakyat negara ini.

Item Type:Article
Keywords:jati diri kebangsaan; etnik; generasi muda
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:6098
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Apr 2013 03:14
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page