Kepatuhan agama asas pembentukan tamadun ummah: kes tahap kepatuhan agama warga tua Felda Chiku, Kelantan

Wan Ibrahim Wan Ahmad, and Zainab Ismail, and Muhammad Hafeez Zakaria, and Siti Hawa Madan, and Faraha Abdullah, and Noredayu Abdul Ghani, and Noraini Mohd Tajudin, (2012) Kepatuhan agama asas pembentukan tamadun ummah: kes tahap kepatuhan agama warga tua Felda Chiku, Kelantan. Jurnal Hadhari, Specia . pp. 79-89. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

394kB

Official URL: : http://www.ukm.my/jhadhari/

Abstract

Akhir-akhir ini isu berkaitan warga tua menjadi semakin penting dalam agenda semua negara termasuk Malaysia. Salah satu isu yang boleh diberikan tumpuan ialah isu berkaitan tahap kepatuhan agama golongan ini. Tahap kepatuhan agama warga tua berbeza-beza di antara seorang warga tua dengan warga tua yang lain. Ada warga tua yang patuh kepada agama, sementara ada warga tua yang lain pula masih leka walaupun sudah menjangkau umur lanjut. Untuk itu makalah ini bertujuan meneroka permasalahan tahap kepatuhan agama warga tua ini dengan tumpuan khusus ke atas warga tua wanita di Felda Chiku, Gua Musang Kelantan. Berasaskan sampel 70 orang penduduk wanita berumur 50 tahun dan lebih yang dipilih secara rawak mudah, hasil kajian menunjukkan hampir keseluruhan mereka mempunyai tahap kepatuhan kepada agama yang tinggi. Warga tua yang mempunyai tahap kepatuhan kepada agama yang sederhana dan rendah adalah tidak signifikan. Implikasi dari penemuan ini ialah pelbagai program keagamaan perlu terus diaktifkan dalam masyarakat agar semua penduduk mempunyai kesedaran untuk mematuhi suruhan dan larangan agama dalam kehidupan.

Item Type:Article
Keywords:warga tua; kepatuhan agama; penuaan penduduk
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:6099
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Apr 2013 03:25
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page