Islam dan pembentukan jati diri bangsa Melayu

Ahmad Munawar Ismail, and Zakaria Stapa, and Siti Aishah Suhaimi, (2012) Islam dan pembentukan jati diri bangsa Melayu. Jurnal Hadhari, Specia . pp. 143-154. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

318kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/

Abstract

Islam terdiri daripada tiga perkara asas, iaitu akidah, syariah dan akhlak. Ketiga-tiga asas ini telah melatari sejarah dan perkembangan Islam khususnya dalam pembentukan nilai-nilai murni dalam tingkah laku umat Islam. Ia juga telah mencorak seluruh kehidupan umat Islam dan memberi sumbangan yang sangat signifikan terhadap perkembangan tamadun manusia secara keseluruhan. Di Malaysia, asas-asas yang menjadi tunggak ajaran Islam itu berjalan serentak dengan pembentukan budaya dan cara hidup masyarakat Melayu. Hubungan ini diakui oleh pengkaji-pengkaji sosial yang mengkaji amalan dan nilai-nilai dalam cara hidup masyarakat Melayu. Artikel ini akan membahaskan hubungan Islam dengan pembentukan jati diri bangsa Melayu melalui pendekatan naratif hasil analisa daripada dokumen-dokumen sejarah dan dapatan-dapatan penyelidikan semasa. Hasil dapatan kajian menunjukkan, wujud hubungan yang signifikan antara Islam dan jati diri masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun nilai-nilai Islam yang wujud boleh terhakis kesan daripada cabaran-cabaran semasa sekiranya usaha-usaha memeliharanya tidak dilaksanakan secara konsisten dan bersungguh-sungguh.

Item Type:Article
Keywords:Islam; Melayu; jati diri; pendidikan Islam; akhlak
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:6103
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Apr 2013 03:57
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page