Kelestarian pembangunan hadapan air di Malaysia

Azlina Md. Yassin, and Sharifah Meryam Shareh Musa, (2012) Kelestarian pembangunan hadapan air di Malaysia. AKADEMIKA, 82 (2). pp. 3-13. ISSN 0126-5008

[img] PDF
404kB

Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jademik.html

Abstract

Pertumbuhan penduduk dan ekonomi, urbanisasi dan kemajuan teknologi merupakan pemangkin kepada proses transformasi sungai-sungai di Malaysia. Akibatnya, banyak kawasan hadapan air telah berubah fungsi. Pada masa kini, banyak projek pembangunan hadapan air telah dilaksanakan di Malaysia untuk tujuan rekreasi, kediaman dan pembangunan campuran. Namun begitu, kebanyakan pembangunan hadapan air yang dilaksanakan adalah tidak lestari di mana projek pembangunan tersebut mempunyai kesan kos melebihi nilai ekonomik yang diharapkan. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti praktis pembangunan hadapan air dan menentukan kelestarian pembangunan hadapan air di Malaysia. Dapatan kajian ini diperolehi hasil daripada beberapa sesi temu bual bersama pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam tiga projek pembangunan hadapan air yang telah dipilih sebagai kawasan kajian: (1) Kuching Riverfront, (2) Malacca Waterfront, (3) Glenmarie Cove Riverfront. Dapatan kajian juga diperolehi hasil daripada pengedaran borang soal selidik kepada 91 syarikat pembangunan hartanah yang disenaraikan dibawah Bursa Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden berpendapat bahawa Malaysia masih belum berjaya mencapai kelestarian projek pembangunan hadapan air seiring dengan kejayaan pembangunan projek-projek hadapan air yang dilaksanakan di negara-negara maju. Beberapa faktor telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada kegagalan Malaysia mencapai kelestarian pembangunan hadapan air antaranya ialah kesukaran menyeimbangkan keperluan ekonomi, sosial, dan alam sekitar dalam kalangan semua pihak berkepentingan, sumber kewangan dan tenaga kerja pakar yang terhad, serta kesukaran mendapatkan kelulusan perancangan dari agensi yang berkaitan. Dapatan kajian ini seterusnya boleh digunakan sebagai input kepada cadangan perlaksanaan amalan terbaik pembangunan di kawasan hadapan air di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Amalan terbaik pembangunan hadapan air; hadapan air; kawasan hadapan air; pembangunan hadapan air lestari; sistem sungai
Journal:AKADEMIKA
ID Code:6116
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Apr 2013 03:00
Last Modified:26 Apr 2013 03:13

Repository Staff Only: item control page