Prioriti sukan dalam motif percutian pelancong

Jabil Mapjabil, (2012) Prioriti sukan dalam motif percutian pelancong. AKADEMIKA, 82 (2). pp. 15-23. ISSN 0126-5008

[img] PDF
358kB

Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jademik.html

Abstract

Sejajar dengan perkembangan pelancongan sukan dan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa yang semakin pesat di Malaysia, kajian tentang prioriti sukan dalam motif percutian perlu dilakukan kerana ia mempengaruhi tahap penglibatan dan responsif mereka terhadap subpelancongan berkenaan. Artikel ini meneliti tentang sejauh mana prioriti diberikan kepada faktor sukan dalam keputusan untuk melancong sebagai satu kajian awal di Pulau Pinang. Kajian ini melibatkan 190 orang responden dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini menunjukkan prioriti sukan sebagai motif percutian secara relatif adalah rendah berbanding dengan tujuan untuk bercuti, rekreasi dan mengisi masa lapang serta melawat rakan dan saudara-mara. Responden berpendapat aktiviti rekreasi adalah lebih penting berbanding dengan kecergasan, mengisi masa lapang dan hiburan, namun secara puratanya menunjukkan nilai melebihi 82%. Hasil kajian turut mendapati 74.7% daripada responden menggunakan kemudahan sukan dan rekreasi di tempat penginapan dan 63.2% menyertai aktiviti sukan dan rekreasi dapat memenuhi masa lapang (83.2%) serta dapat menarik minat pelancong untuk melibatkan diri dan menyaksikan acara berkenaan (82.6%). Secara keseluruhannya, prioriti sukan dalam motif percutian terutamanya dalam kalangan penduduk masih rendah. Pelbagai strategi dan langkah perlu dilaksanakan untuk meningkatkan penyertaan penduduk tempatan, pelawat harian dan pelancong dalam sukan khususnya ketika melancong ke sesuatu destinasi peranginan.

Item Type:Article
Keywords:Penganjuran sukan; pelancongan sukan; prioriti sukan; motif percutian; tarikan sukan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:6117
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Apr 2013 03:56
Last Modified:17 Apr 2013 04:28

Repository Staff Only: item control page