Khairul Anuar A. Rahman, (2012) Disposisi guru berkesan: personaliti dan kemahiran komunikasi. AKADEMIKA, 82 (2). pp. 37-44. ISSN 0126-5008
PDF
311kB |
Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jademik.html
Abstract
Guru berkesan didefinisikan sebagai pendidik yang baik dan dapat memberikan kesan kepada pelajarnya daripada segi personaliti dan seterusnya mampu membawa perubahan tingkah laku kepada pelajarnya. Antara faktor yang paling penting yang perlu ada dalam diri seseorang guru berkesan adalah kekuatan personaliti dan keberkesanan komunikasi. Personaliti guru sering menjadi perhatian pelajar. Personaliti berkesan seperti peramah, mempunyai kawalan emosi yang mantap, penampilan, ketekunan dan dedikasi dalam tugas adalah penting untuk diamalkan oleh seseorang guru berkesan. Selain itu, komunikasi yang merangkumi kedua-dua jenis lisan dan bukan lisan perlulah dikuasai sepenuhnya oleh guru memandangkan kerjaya seorang guru yang tidak boleh lari daripada berinteraksi dengan pelbagai pihak. Komunikasi lisan termasuklah kemahiran menggunakan bahasa dan kemahiran dalam menyuntik unsur-unsur kecindan agar proses pengajaran dan pembelajaran tidak menjadi suatu rutin yang membosankan. Interaksi isyarat mata, penggunaan tangan dan anggota tubuh yang lain turut merupakan elemen yang tidak kurang penting dalam membentuk corak interaksi yang mantap. Hal ini disebabkan oleh penerangan yang disertai dengan gerak tubuh yang bermakna adalah jauh memberi kesan daripada penerangan secara verbal semata-mata. Justeru, guru berkesan haruslah mempunyai kesemua ciri-ciri personaliti dan komunikasi yang baik untuk menjadi seorang pendidik yang mampu meninggalkan bekas dalam hati dan jiwa pelajar untuk suatu jangka masa yang panjang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bahasa tubuh; ciri-ciri personaliti; guru berkesan; impak perilaku; interaksi; komunikasi lisan dan bukan lisan |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 6119 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 15 Apr 2013 04:56 |
Last Modified: | 17 Apr 2013 04:20 |
Repository Staff Only: item control page