Budaya sains asli dan budaya sains moden dalam kalangan pelajar: keselanjaran usaha ke arah enculturation of science

Kamisah Osman, and Erman Har, (2012) Budaya sains asli dan budaya sains moden dalam kalangan pelajar: keselanjaran usaha ke arah enculturation of science. AKADEMIKA, 82 (2). pp. 119-126. ISSN 0126-5008

[img] PDF
347kB

Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/jademik.html

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk untuk meneliti tahap kewujudan budaya sains asli dan kewujudan budaya sains moden, dan membandingkan sama ada terdapat perbezaan kewujudan budaya sains asli dan kewujudan budaya sains moden yang signifikan berdasarkan jantina dan lokasi sekolah. Analisis data secara deskriptif menunjukkan bahawa kewujudan budaya sains asli pelajar kawasan bandar dan luar bandar adalah pada tahap yang sederhana. Manakala budaya sains moden pelajar adalah pada tahap yang tinggi untuk kedua-dua lokasi bandar dan luar bandar. Analisis inferensi menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pemilikan budaya sains moden antara pelajar mengikut jantina di kawasan bandar, meskipun perbezaan yang signifikan ditunjukkan dalam kalangan pelajar di kawasan luar bandar. Manakala dalam pengukuran budaya sains asli, terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan dalam kalangan pelajar di kawasan bandar dan luar bandar. Dapatan kajian menyediakan bukti emperikal pemilikan budaya sains asli dan seterusnya menuntut pendidik sains agar mengambil kira pemilikan budaya sains asli dalam perancangan proses pengajaran dan pembelajaran sains seterusnya.

Item Type:Article
Keywords:Budaya sains asli; budaya sains moden; gender; pengajaran dan pembelajaran sains; pelajar
Journal:AKADEMIKA
ID Code:6127
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Apr 2013 07:20
Last Modified:17 Apr 2013 04:01

Repository Staff Only: item control page