Analisis kualiti air Tasik Chini menggunakan pendekatan multivariat

Ahmad, A.K. and Shuhaimi Othman, M. and Lim, E.C. and Abd. Aziz, Z. (2013) Analisis kualiti air Tasik Chini menggunakan pendekatan multivariat. Sains Malaysiana, 42 (5). pp. 587-596. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Satu analisis penentuan parameter kualiti air yang penting untuk penilaian ekosistem cetek telah dilakukan menggunakan kaedah multivariat. Sebanyak 14 parameter kualiti air yang melibatkan komponen biologi, fizik dan kimia telah dikumpulkan setiap bulan selama satu tahun. Data dianalisis menggunakan ujian faktor yang melibatkan tiga proses iaitu mengenal pasti korelasi antara faktor, mengekstrak faktor dan seterusnya melihat kesan gabungan faktor-faktor tersebut. Proses pertama melibatkan pengelompokkan parameter yang berkorelasi kuat ke dalam faktor tersendiri dan mengeluarkan parameter yang mempunyai lebih daripada satu faktor. Analisis pengkelasan agglomeratif hierarki (HACA) dan analisis diskriminan (DA) juga dilakukan untuk memperlihatkan kelompokan dan pengaruh faktor terhadap kualiti air tasik. Hasil analisis menunjukkan kualiti air Tasik Chini dipengaruhi oleh lebih daripada satu faktor. Hasil kajian menunjukkan komponen biologi dan kimia (nutrien) mempunyai pengaruh kuat dalam penentuan kualiti air tasik. Parameter berasaskan biologi iaitu BOD5, COD, klorofil a dan kimia (nitrat dan ortofosfat) adalah parameter yang penting di Tasik Chini. Ketiga-tiga analisis yang dijalankan menunjukkan kepentingan penentuan komponen biologi dan kimia bagi menentukan kualiti air Tasik Chini.

Item Type:Article
Keywords:Ekosistem air tawar; kualiti air; limnologi; multivariat; Tasik Chini
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:6151
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Apr 2013 04:33
Last Modified:14 Dec 2016 06:40

Repository Staff Only: item control page